26 April 2013

PERJUMPAAN KSIB SKSI 2 PERTAMA 2013

Perjumpaan KSIB SKSI 2 pertama akan diadakan pada ketetapan berikut:
    Tarikh:     27 April 2013 (Sabtu)
    Masa:     11.00 pagi
    Tempat:  Kantin SKSI 2

Semua ibu bapa dan guru dijemput hadir.

Terima Kasih.

KSIB (Kumpulan Sokongan Ibu Bapa) SKSI 2

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Saujana Impian 2 telah membuka akaun group di Facebook di bawah nama KSIB SKSI2 dan ibu bapa serta penjaga murid SKSI 2 dialu-alukan menyertainya.

Objektif KSIB di FB adalah untuk;

1. Menjadi laman interaksi di antara ibu bapa dan guru-guru SKSI 2,

2. Memberi kemudahan kepada guru-guru untuk mengemaskini aktiviti sekolah, mengutarakan keperluan sekolah kepada ibu bapa dan sebagainya,

3. Memaklumkan kepada ibu bapa tentang peristiwa dan hari istimewa di sekolah dan lain-lain makluman.

Terima kasih.

MAKLUMAN DI LAMAN SESAWANG / BLOG SEKOLAH

Kepada pihak-pihak yang ingin memaklumkan hebahan di laman sesawang / blog sekolah boleh berbuat demikian dengan memohon melalui emel sekolah di bba4049@btpnsel.edu.my.

Borang akan diemelkan kembali kepada pemohon untuk tindakan selanjutnya.

Harap maklum dan terima kasih.

25 April 2013

MAKLUMAN HARI SABTU BERSEKOLAH PADA 27 APRIL 2013

Kepada semua Ibu Bapa dan Penjaga Murid
SK Saujana Impian 2
Kajang, Selangor.

Dimaklumkan bahawa tarikh cuti berganti yang terakhir sempena perayaan Tahun Baru Cina 2013 telah pun ditetapkan pada hari Sabtu 27 April 2013 mengikut jadual hari Jumaat. Semua murid dibenarkan pulang pada jam 12.00 tengah hari.
Mohon kerjasama ibu bapa dan penjaga untuk memastikan kehadiran dan menguruskan pengangkutan anak jagaan masing-masing.
Terima kasih.

ROHADAH BINTI YAZID
Penolong Kanan Pentadbiran
SKSI 2

14 April 2013

KEJOHANAN BOLA BALING MSSM HULU LANGAT 2013


Pihak sekolah memohon kerjasama penduduk Taman Impian Indah kerana kejohanan ini akan melibatkan 22 buah sekolah dan memerlukan tempat meletak kenderaan di sekitar Taman Impian Indah sebagaimana pelan di bawah.Harap maklum dan terima kasih.

12 April 2013

KARNIVAL BAHASA INGGERIS PERINGKAT ZON KAJANG

SKSI 2 telah menyertai pertandingan Action Song dalam Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Zon Kajang bertempat di SJKC Sungai Chua pada 9 April 2013 lepas dan telah berjaya mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan tersebut.Tahniah kepada pasukan action song sekolah!

11 April 2013

SUMBANGAN TAHUNAN PIBG SK SAUJANA IMPIAN 2

Kepada Ibu Bapa / Penjaga
SK Saujana Impian 2

Sumbangan PIBG sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh sahaja) bagi setiap keluarga sebagaimana yang telah dipersetujui dalam mesyuarat agung PIBG SKSI 2 pada 23 Februari 2013 lepas boleh diserahkan kepada guru kelas anak / jagaan masing-masing mulai bulan April ini.
Kerjasama tuan / puan didahului dengan ucapan terima kasih.

PELARASAN PENGGUNAAN PEMBAHAGIAN (PARTITION) MP FAIL PERKEMBANGAN MURID PBS

Untuk makluman Ibu Bapa / Penjaga
Murid Tahun 2 dan 3
SK Saujana Impian 2

Pihak sekolah telah menjalankan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bermula tahun 2011 dan akan menyelaraskan penggunaan Fail Perkembangan Murid.
Unit PBS memohon kerjasama pihak ibu bapa / penjaga untuk membeli pembahagi (partition) mata pelajaran fail perkembangan murid anak/jagaan yang berada di tahun 2 dan 3 dengan harga RM5.00 setiap satu.
Pembahagi ini boleh didapatkan di kedai buku sekolah mulai 20 Mac 2013. Murid yang sudah ada partition ini dan masih boleh digunakan tidak perlu membelinya.
Kerjasama tuan/ puan amat dihargai.Terima Kasih

KEM BESTARI SOLAT FASA PERTAMA 2013

Kepada:
Ibu Bapa / Penjaga Murid Islam Tahun 1, 2 dan 3
SK Saujana Impian 2, Kajang

Program Kem Bestari Solat Fasa Pertama 2013 akan dilaksanakan oleh pihak sekolah yang bertujuan untuk memberi tunjuk ajar tentang solat dan kepentingannya. Program ini akan dilaksanakan dalam empat fasa dan wajib ditempuhi oleh setiap murid beragama Islam.
Butiran program adalah seperti berikut:

Tahun 3      10 April 2013 (Rabu)      7.40-10.10 pagi
Tahun 2      11 April 2013 (Khamis)  7.40-9.40 pagi
Tahun 1      12 April 2013 (Jumaat)   7.40 - 9.40 pagi

Pengajaran dan Pembelajaran berjalan seperti biasa selepas waktu rehat.
Murid-murid dikehendaki membawa alatulis dan buku kem bestari solat ( sekiranya tiada, beli dengan segera di kedai buku sekolah)

Sekian , terima kasih

07 April 2013

03 April 2013

LATIHAN RUMAH SUKAN 2013

Kepada Ibu Bapa/Penjaga Murid
SK Saujana Impian 2 Kajang

Dimaklumkan bahawa SK Saujana Impian 2 akan mengadakan latihan rumah sukan kepada murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 sebagai persiapan Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-10 seperti berikut:

Tarikh:      Latihan 1 - 3 April 2013
                 Latihan 2 - 24 April 2013
                 Latihan 3 - 25 Mei 2013
Hari:         RABU
Masa:        3.00-5.00 petang
Tempat:     SK Saujana Impian 2
Pakaian:    Wajib memakai pakaian rumah sukan masing-masing

Ibu bapa/penjaga diminta supaya dapat menguruskan pengangkutan anak jagaan masing-masing bagi tujuan di atas. Kerjasama didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Pn.Normadiah Bt Ishak
GPK Kokurikulum
SKSI 2

SUMBANGAN 1 RIM KERTAS A4 70gsm



Kepada,
Semua Ibubapa/Penjaga
Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2

Melalui,
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2
Persiaran Impian Perdana, Saujana Impian
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan

Tuan / puan,

SUMBANGAN 1 RIM KERTAS A4 70gsm

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan pada Mesyuarat Agung PIBG bertarikh 23 Februari 2013 yang lalu telah bersetuju sebulat suara untuk satu keluarga menyumbang sebanyak 1 rim kertas A4 70gsm.

3.         Sehubungan dengan itu, sumbangan bolehlah dibuat kepada Setiausaha PIBG melalui Guru Kelas anak-anak tuan/puan bermula pada bulan April 2013.
           
Kerjasama dari pihak tuan/puan amatlah  dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,                                          



KAPT. (B) MASUAN BIN ALI.,PJK        
Yang DiPertua
Persatuan Ibubapa Guru
SK Saujana Impian 2

MAKLUMAN TENTANG PENYELARASAN JADUAL WAKTU PERSEKOLAHAN BAGI SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR



Kepada
Semua Ibu Bapa dan Penjaga Murid
SK Saujana Impian  2

Tuan/Puan,

MAKLUMAN  TENTANG  PENYELARASAN  JADUAL  WAKTU  PERSEKOLAHAN  BAGI
SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.             Dimaklumkan bahawa semua sekolah di negeri Selangor dikehendaki mematuhi ketetapan waktu permulaan sesi  Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)  iaitu  jam 7.40 pagi.  Pelaksanaan arahan ini akan berkuatkuasa mulai 8 April 2013 (Isnin).

3.             Walau bagaimanapun, pihak tuan/puan digalakkan supaya menghantar anak tuan/puan lebih awal untuk memastikan persediaan awal proses PdP dapat  dilaksanakan  dengan  lebih  berkesan.

4.             Berikut adalah  jadual persekolahan yang baru untuk kemudahan tuan/puan bagi urusan menghantar dan menjemput anak tuan/puan.

TAHUN
HARI
WAKTU PERSEKOLAHAN

Tahun 1
Isnin, Selasa
dan  Rabu
7.40 pagi – 1.00  tengahari
hingga 3
Khamis
7.40 pagi – 12.30  tengahari

Jumaat
7.40 pagi – 12.00  tengahari

Tahun 4
Isnin, Selasa   dan Khamis
7.40 pagi – 1.30  tengahari
Hingga 6
Rabu
7.40 pagi – 1.00  tengahari

Jumaat
7.40 pagi – 12.00  tengahari

5.             Keperihatinan dan kerjasama pihak tuan/puan amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.


Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menurut perintah,


( HJH NORIDAH BINTI SURIF )
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
b/p Guru Besar
SK Saujana Impian 2
43000 Kajang, Selangor

01 April 2013

PROGRAM PERMATA INSAN

Kepada ibu bapa yang berminat, sila layari pautan yang tertera.Terima kasih.