24 June 2013

BUKU KOMUNIKASI SKSI2

Perkongsian maklumat penting dalam menjamin kejayaan murid. Sehubungan dengan itu, pihak PIBG SKSI 2 bersetuju untuk menyediakan Buku Komunikasi bagi setiap murid supaya ibu bapa dan guru boleh memantau aktiviti murid tersebut. Ibu bapa dikehendaki memuat turun & mencetak Buku Komunikasi tersebut di sini.
Sekian untuk makluman dan terima kasih.

MAKLUMAN PERSEKOLAHAN SEMASA JEREBU

Sesi persekolahan adalah seperti biasa mulai 25 Jun 2013 sebagaimana makluman Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat yang terkini..



MAKLUMAN KEPADA SEMUA SEKOLAH DAERAH HULU LANGAT 
( PERSEKOLAHAN SEPERTI BIASA)

"MAKLUMAN DARI UNIT PERHUBUNAN JPN SELANGOR, SEKOLAH DI NEGERI SELANGOR ADALAH BEROPERASI SEPERTI BIASA KECUALI BAGI DAERAH KLANG. IBUBAPA BOLEH TIDAK MENGHANTAR ANAK KE SEKOLAH ATAS FAKTOR KESIHATAN DENGAN MEMAKLUMKAN KEPADA PIHAK SEKOLAH."
OLEH YANG DEMIKIAN BAGI DAERAH HULU LANGAT SESI PERSEKOLAHAN ADALAH BERJALAN SEPERTI BIASA.
TERIMA KASIH.

-->


http://ppdhl.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=1304:makluman-kepada-semua-sekolah-daerah-hulu-langat--persekolahan-seperti-biasa&catid=2:sepintas-lalu&Itemid=1

Terima Kasih

23 June 2013

Penangguhan Sesi Persekolahan akibat Jerebu

Dimaklumkan kepada semua warga SKSI 2 bahawa sesi persekolahan pada 24 Jun 2012 ditangguhkan sehingga diberitahu kelak atas arahan Kementerian Pendidikan Malaysia berikutan masalah bencana jerebu di seluruh negara dan beberapa negeri khasnya di Selangor. Sekolah ditutup tetapi pejabat beroperasi seperti biasa. Harap maklum dan ibu bapa murid diingatkan untuk mengambil langkah sewajarnya untuk mengelakkan gejala bencana jerebu ini. Terima kasih.