11 January 2015

BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN (BKAP)

Bantuan Khas Awal Persekolahan telah diserahkan pada 9 Januari (Jumaat) 2015 yang lepas.
Kepada ibu bapa dan penjaga yang belum mengambilnya dipersilakan hadir ke sekolah mulai Isnin (12 Januari 2015) hingga Jumaat (16 Januari 2015) sepanjang waktu pejabat (8 pagi - 3 petang) di pejabat sekolah - Pn Jamilah bt Mohd Yusof, Penolong Kanan 2 (Hal Ehwal Murid).
Sila bawa mykid/sijil kelahiran murid dan pengenalan diri untuk membuat tuntutan BKAP ini.
Sebarang kemusykilan boleh diajukan kepada pihak SK Saujana Impian 2 di nombor pejabat yang tertera di atas.
Terima Kasih.

SUMBANGAN 1 MURID 1 RIM KERTAS A4


Pihak sekolah memohon kerjasama ibu bapa serta penjaga untuk menyumbang satu rim kertas A4 bagi satu anak jagaan yang bersekolah di SK Saujana Impian 2.
Tujuan sumbangan ini adalah untuk mengurangkan beban perbelanjaan membeli kertas pihak sekolah untuk kegunaan murid sepanjang sesi persekolahan tahun ini.
Dengan pengurangan belanja ini diharap peruntukan sedia ada dapat disalurkan ke perbelanjaan yang lebih penting untuk keselesaan murid.

Sumbangan kertas A4 ini boleh disalurkan terus kepada guru kelas mulai minggu ini.
Sekian terima kasih.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Pihak SK Saujana Impian 2 ingin mengalu-alukan kedatangan semua warga SKSI 2 ke sekolah untuk sesi persekolahan tahun 2015 ini.Diharap semua bersedia dengan semangat yang baru untuk menempuh cabaran tahun ini.