31 May 2015

MAKLUMAN WAKTU PERSEKOLAHAN SEMPENA BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Pihak sekolah telah mengedarkan Surat makluman waktu persekolahan sempena bulan ramadhan. Ibu bapa boleh merujuk kepada jadual yang diedarkan melalui anak masing-masing. Bersama-sama ini juga dilampirkan waktu persekolahan sempena bulan Ramadhan. Waktu persekolahan ini akan mula berkuatkuasa pada 18 Jun 2015 sehingga 16 Julai 2015.
Oleh yang demikian, diharapkan ibu bapa/penjaga dan seluruh warga sekolah dapat menyesuaikan diri dengan perubahan ini. Ibu bapa perlu menguruskan pengangkutan anak masing-masing untuk memastikan sesi persekolahan berjalan lancar. Kerjasama tuan/puan amat dihargai. Terima Kasih...



PAKEJ KERJA RUMAH SEMPENA CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN TAHUN (30 MEI 2015 HINGGA 14 JUN 2015)



Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Adalah dimaklumkan bahawa cuti sekolah pertengahan tahun bermula pada 30 Mei 2015 sehingga 14 Jun 2015. Sekolah akan dibuka semula pada 15 Jun 2015 (Isnin). Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan jadual pakej kerja rumah sebagai ulangkaji sepanjang tempoh cuti tersebut. Keprihatinan tuan/puan untuk memantau dan memastikan anak tuan/puan membuat kerja rumah amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.







~SELAMAT BERCUTI~


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sk Saujana Impian 2 mengucapkan selamat bercuti kepada semua...Gunakan kesempatan yang ada dengan sebaiknya... Manfaatkan peluang bersama keluarga tersayang dan rancang percutian dengan teratur...

18 May 2015

MAKLUMAN UNTUK WARGA SKSI2

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk makluman semua, pihak sekolah akan mengadakan:

1. Hari sukan tahunan pada 30 Mei 2015 
2. Cuti pertengahan tahun bermula 30 Mei 2015 hingga 14 Jun 2015
3. Hari temubual akademik pada 20 Jun 2015

16 May 2015

SELAMAT HARI GURU...

SK SAUJANA IMPIAN 2 MENGUCAPKAN SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK. TERIMA KASIH CIKGU..=)


13 May 2015

MAKLUMAN SEKOLAH SATU SESI SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Sk Saujana Impian 2 akan mengadakan sambutan hari guru pada hari Isnin (18.5.2015). Pihak sekolah telah mengedarkan surat  kepada murid-murid.Ibu bapa juga boleh merujuk lampiran seperti di bawah: