22 June 2015

TAKWIM BULAN JUN & JULAI 2015

Sempena Bulan Ramadhan yang mulia dan Bulan Syawal yang bakal tiba, pihak sekolah akan mengadakan program Ihya' Ramadhan dan Majlis Penghayatan Aidilfitri bermula 18 Jun sehingga 15 Julai 2015.Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk mengisi program tersebut. Mohon jasa baik ibu bapa/penjaga untuk menghulurkan sumbangan dan derma bagi menampung perbelanjaan program tersebut. Terima Kasih...

(1) 20 Jun 2015(Sabtu)                        - Hari Temubual Akademik Bil 2/2015
(2) 2 Julai 2015(Khamis)                    - Majlis Iftar Jamai' , Solat Terawih dan Solat Hajat
(3) 7-9 Julai 2015(Selasa-khamis)      - Peperiksaan Percubaan UPSR
(4) 15 Julai 2015(Rabu)                      - Majlis Khatam Al-Quran, Majlis Penghayatan Aidilfitri
(5) 16-21 Julai 2015(Khamis-Selasa) - Cuti Sekolah Sempena Perayaan Aidilfitri


16 June 2015

JADUAL WAKTU TERKINI SESI PETANG 2015

Jadual waktu terkini sesi petang akan berkuatkuasa mulai 16 Jun 2015.
Boleh layari di http://sksi2kajang.blogspot.com/p/jadual-waktu.html

Perubahan jadual adalah disebabkan pertukaran polisi pengajaran guru Pendidikan Islam.
Harap maklum dan terima kasih.

07 June 2015

PERINGATAN BAYARAN SUMBANGAN PIBG SK SAUJANA IMPIAN 2 SESI 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat Agung PIBG bertarikh 7 Mac 2015 yang lalu, semua ahli telah bersetuju sebulat suara untuk memberi sumbangan sebanyak RM70.00 (satu keluarga) kepada PIBG Sk Saujana Impian 2.
Sehubungan itu, pihak PIBG Sk Saujana Impian 2 telah menjalankan kutipan sepanjang bulan April dan Mei yang lalu. Namun demikian, masih terdapat beberapa keluarga yang masih belum menjelaskan bayaran sumbangan tersebut. 
Dengan ini, pihak sekolah dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa sumbangan boleh dibuat pada Hari Temubual Akademik yang akan diadakan pada 20 Jun 2015( Sabtu). Kerjasama dari pihak tuan/puan amatlah dihargai. Terima Kasih...

03 June 2015

PERUBAHAN JADUAL WAKTU BELAJAR BERMULA 15 JUN 2015 (PENGGAL KE 2)



Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Adalah dimaklumkan bahawa terdapat perubahan jadual waktu belajar bermula 15 Jun 2015. Ini disebabkan oleh program Tasmik perlu dilaksanakan 2 waktu seminggu. Ini menyebabkan masa belajar ditambah satu waktu pada hari Jumaat dan menjadikan sesi persekolahan tamat pada jam 12.30 tengahari pada hari tersebut. Walau bagaimanapun murid bukan Islam dibenarkan pulang semasa program Tasmik ini berlangsung.


Ibu bapa juga boleh merujuk kepada jadual yang diedarkan melalui anak masing-masing. Bersama-sama ini juga dilampirkan jadual waktu belajar mengikut kelas.
http://sksi2kajang.blogspot.com/p/jadual-waktu-tahap-2.html