Showing posts with label pertandingan. Show all posts
Showing posts with label pertandingan. Show all posts

11 July 2012


Pertandingan Rekacipta Mural 'Malaysia Kita, Wajah Kita' anjuran Yeo's - Berita Harian


Warga SKSI2 sekelian,


Tahukah anda, SKSI2, telah mengambil bahagian di dalam Pertandingan Rekacipta Mural “Malaysia Kita, Wajah Kita”, anjuran bersama Yeo Hiap Seng- Ber (M) Bhd (Yeo's) dan Didik, sisipan pelajaran dari Berita Harian, dengan sokongan Kementerian Pelajaran Malaysia. Peraduan yang terbuka kepada sekolah rendah sahaja ini, telah bermula 2 April hingga 18 Jun 2012.

Tujuan utama penganjuran ini ialah untuk menggalakkan pelajar-pelajar sekolah menunjukkan bakat, kreativiti serta daya innovasi mereka dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula seperti pek, kotak dan tin aluminium Yeo's, kertas suratkhabar, plastik dan lain-lain. Ia juga menggalakkan penglibatan pelajar-pelajar di dalam aktiviti luar bilik darjah. Tema 'Malaysia Kita, Wajah Kita' dipilih untuk menanam toleransi dan semangat bersatu-padu di antara semua kaum di Malaysia.

Hasil dari semangat kerjasama yang tinggi di kalangan guru-guru, murid-murid dan ibubapa yang terlibat serta dorongan dari Guru Besar sendiri, bahan-bahan yang diperlukan berjaya dikumpul. Kerja-kerja rekacipta bermula seawal musim cuti sekolah pada bulan Jun yang lalu. Hasilnya, sekolah kita berjaya terpilih di dalam penyertaan 10 yang terbaik yang akan bertanding pula untuk penilaian muktamad peringkat akhir. Panel dari pihak Yeo’s sudah pun hadir ke SKSI2 untuk menilai pembentangan tentang rekacipta mural peserta kita pada hari Jumaat yang lalu, 6 Julai 2012. Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat. Anda sememangnya telah membuat yang terbaik! Tunggukan keputusan akhir yang akan diumumkan selepas semua 10 penyertaan terbaik telah dinilai oleh panel Yeo’s. Watch this space!!

Untuk melihat suasana hari penilaian 10 penyertaan yang terbaik yang lalu, sila skrol gambar-gambar di bawah ini.


Puan Rashidah memberi penerangan ringkas tentang kerja-kerja penyediaan bahan-bahan mural.
Ahli panel dari pihak Yeo Hiap Seng (M) Bhd yang datang membuat penilaian untuk penentuan peringkat akhir.
                        Sebahagian yang hadir semasa hari penilaian itu.
Inilah hasilnya. Apa kata anda?

                        Sebahagian produk Yeos yang dipamerkan.


                             Sebelum majlis bermula
                              Barisan panel mengambil tempat duduk.
Guru-guru dan ahli PIBG sempat bergambar dengan mural sebelum majlis bermula
                           Pelajar-pelajar yang terlibat dengan pembentangan
                            Persediaan pembentangan
                             Guru-guru yang hadir di hari pembentangan, dari kiri ke kanan: Puan
                              Puan Rohadah, Puan Noridah dan Puan Normadiah.
                   Tulang belakang dalam penyediaan mural, Puan Hazila dan Puan Rashidah 
                    tersenyum dengan kejayaan setakat ini.


                             Pembentangan sudah bermula.
  Keyakinan dan kemantapan pembentangan pelajar-pelajar ini patut dipuji.



Antara pelajar yang turut mengambil bahagian dalam penyediaan mural

                        Tuan Hj Abd Shukor menyampaikan ucapan beliau.
Dua orang pembentang yang telah melaksanakan tugas mereka dengan sangat cemerlang.


                   Gambar beramai-ramai seusai majlis penilaian dan pembentangan.
                         Syabas dan semoga ada lagi kejayaan yang menyusul selepas ini.
                                                   ----------------------------------

                                          "Every accomplishment starts with the decision to try"

27 June 2012

Pertandingan Catur MSSDHL 2012



Pertandingan catur MSSDHL telah berlangsug pada 3 April 2012 yang lalu. Pertandingan itu telah menyaksikan pelajar-pelajar kita membolot kemenangan sebagai Johan dan Naib Johan di dalam kategori perempuan dan lelaki bawah 12 tahun.


Berikut adalah nama –nama pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah tersebut:


1.Johan Kategori Perempuan Bawah 12 Tahun


a) Shameena bt Anwar


b) Nur Arisyah bt Azizin


c) Adilah Raihanah bt Jaafar


d) Alya Hannah bt Abd Rahman


2. Naib Johan Kategori Lelaki Bawah 12 Tahun


a) Muzareeq Farhad b Abdul Rashdee


b) Muhd Najmi b Moh Radzi


c) Luqman Hakim


d) Shafiq b. Yusni




Pada 13, 14 dan 15 April, berlangsung pula Latihan Pusat di mana pelajar sekolah kita, iaitu Shameena bt Anwar telah mewakili Daerah Kajang ke peringkat Negeri Selangor.

Pencapaian ini tentunya menjadi pemangkin kepada para peserta untuk meningkatkan prestasi permainan mereka di masa hadapan.