Showing posts with label Ko-kurikulum. Show all posts
Showing posts with label Ko-kurikulum. Show all posts

29 April 2015

PENANGGUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Dimaklumkan kepada semua warga SKSI bahawa aktiviti kokurikulum Kelab/Persatuan/Unit Beruniform yang diadakan pada hari Rabu akan ditangguhkan  sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri (27 Julai 2015).
 http://iea1462.org/wp-content/uploads/2013/11/Event-postponed.jpg
Aktiviti Kokurikulum akan berjalan seperti biasa mulai 27 Julai 2015.
Harap maklum dan terima kasih.

07 May 2014

TAKWIM BULAN MEI DAN JUN 2014


TAKWIM BULAN
MEI DAN JUN 2014
BIL
TARIKH
PERKARA
CATATAN
1.
1 Mei 2014
(Khamis)

Cuti Hari Pekerja

Cuti Umum
2.
2 Mei 2014
(Jumaat)
Bulan Panitia Sains Bermula
 Bulan Aktif Panitia  Sains
3.
5-8 Mei 2014
(Isnin – Khamis)

Peperiksaan Pertengahan Tahun (Thn 5-6)
Penilaian Sumatif Pertengahan Tahun (Tahun 1-4)

Diharapkan murid-murid dapat mengulangkaji pelajaran dan bersedia menghadapi ujian tersebut.
4.
9 Mei 2014
(Jumaat)
Kem PAFA Tahun 6
* Hanya murid Tahun 6
5.
10 Mei 2014
(Sabtu)
Sekolah Ganti Hari Raya Aidilfitri
( 31 Julai 2014)
Jadual Hari Khamis
6.
10 – 11 Mei 2014
(Sabtu & Ahad)
Motivasi Tahun 6 di UPM, Serdang
Semua Murid Tahun 6
7.
16 Mei 2014
(Jumaat)

Sambutan Hari Guru

Sekolah Satu Sesi (pagi sahaja)
Pagi & Petang digabungkan.
8.
24 Mei 2014
(Sabtu)
Hari Temubual Akademik
Kelas anak masing-masing
9.
27 - 28 Mei 2014
(Selasa & Rabu)
Perkhemahan Perdana Unit Beruniform
Murid Yang Terlibat Sahaja
10.
29-31 Mei
(Khamis - Jumaat)
Kelas Tambahan Tahun 6
Semua Murid Tahun 6
11.
28 Mei – 15 Jun 2014
(Rabu - Ahad)
Cuti Pertengahan Tahun
12.
21 Jun 2014
(Sabtu)
Kejohanan Sukan Tahunan 2014
Semua Warga Sekolah
13.
29 Jun 2014
(Ahad)
1 Ramadhan 1435H
Selamat Berpuasa
14.
30 Jun 2014
(Isnin)
Pelancaran Bulan Panitia
Pendidikan Islam/Moral
Program Ihya‘ Ramadhan 1435H
Panitia Pendidikan Islam/ Moral

01 April 2014

SUMBANGAN YURAN KEAHLIAN PENGAKAP 2014

Mohon kerjasama ibu bapa dan penjaga murid yang belum menyerahkan sumbangan yuran keahlian tahunan Pengakap bagi tahun 2014 selewat-lewatnya 3 April 2014 kerana urusan pendaftaran keahlian Pengakap ke Persekutuan Pengakap Malaysia.
Yuran keahlian adalah sebanyak RM5.00 seorang sebagaimana yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Agung PIBG ke-11 yang lepas dan perlu diserahkan kepada Pn Rahimah (Sesi pagi ) dan En Mohd Radzi (Sesi petang) bersama dengan borang maklumat diri Pengakap yang telah diedarkan pada awal bulan Mac Lepas.
Terima kasih kepada ibu bapa dan pejaga yang telah memberikan kerjasama menyerahkan bayaran dan borang maklumat ahli yang kini telah diproses oleh pemimpin pengakap sekolah.
Yuran tahunan perlu dijelaskan untuk mengesahkan keahlian ahli pada tahun tersebut dan kegagalan memperbaharui yuran tahunan boleh menyebabkan ahli disekat dari menjalankan dan menyertai aktiviti Pengakap sama ada peringkat dalaman atau luaran.
Kerjasama ibu bapa dan penjaga didahului dengan ucapan terima kasih.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwyxW-wSjVy2nsr4Eju7rxPzN058Qb4aPQ7o9NivZWJ6gg3qHCc9SJheAN_Ypqk96iA7Uq3bQluceElF74uyHaTPZGAQVUh2m8bvafFLJ03h69ZUwnt8kKofxK0Vtli1mmnPUep8VOK_i2/s400/pengakap_salute.jpg

26 August 2013

LATIHAN RUMAH SUKAN

Latihan rumah sukan Tahun 4 & 5

Latihan rumah HIJAU pada hari esok (27.8.2013) dibatalkan dan dibawa ke hari RABU (28.8.2013).

Jadual latihan rumah sukan hari RABU (28.8.2013) adalah untuk latihan rimah HIJAU dan KUNING.

Masa:    3.00 ptg - 4.45 ptg
Tempat: Padang SKSI 2

Mohon kerjasama ibu bapa dan penjaga untuk menguruskan pengangkutan murid serta memaklumkan kepada rakan ibu bapa serta penjaga lain mengenai perubahan jadual latihan ini.

Jadual latihan rumah sukan bagi murid tahun 1 - 3 (Tahap 1) tidak berubah buat masa ini.

Harp maklum dan terima kasih.

14 April 2013

KEJOHANAN BOLA BALING MSSM HULU LANGAT 2013


Pihak sekolah memohon kerjasama penduduk Taman Impian Indah kerana kejohanan ini akan melibatkan 22 buah sekolah dan memerlukan tempat meletak kenderaan di sekitar Taman Impian Indah sebagaimana pelan di bawah.Harap maklum dan terima kasih.

12 April 2013

KARNIVAL BAHASA INGGERIS PERINGKAT ZON KAJANG

SKSI 2 telah menyertai pertandingan Action Song dalam Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Zon Kajang bertempat di SJKC Sungai Chua pada 9 April 2013 lepas dan telah berjaya mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan tersebut.Tahniah kepada pasukan action song sekolah!

03 April 2013

LATIHAN RUMAH SUKAN 2013

Kepada Ibu Bapa/Penjaga Murid
SK Saujana Impian 2 Kajang

Dimaklumkan bahawa SK Saujana Impian 2 akan mengadakan latihan rumah sukan kepada murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 sebagai persiapan Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-10 seperti berikut:

Tarikh:      Latihan 1 - 3 April 2013
                 Latihan 2 - 24 April 2013
                 Latihan 3 - 25 Mei 2013
Hari:         RABU
Masa:        3.00-5.00 petang
Tempat:     SK Saujana Impian 2
Pakaian:    Wajib memakai pakaian rumah sukan masing-masing

Ibu bapa/penjaga diminta supaya dapat menguruskan pengangkutan anak jagaan masing-masing bagi tujuan di atas. Kerjasama didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Pn.Normadiah Bt Ishak
GPK Kokurikulum
SKSI 2

29 January 2013

AKTIVITI KOKURIKULUM 01/2013

Aktiviti Ko-kurikulum pertama bagi tahun ini akan dilaksanakan pada hari Rabu, 30.1.2013 bermula jam 2.30 petang hingga 5.00 petang.
Aktiviti minggu ini adalah aktiviti UNIT BERUNIFORM dan SUKAN.
Ibu bapa dan penjaga diharap dapat membuat persediaan sebaiknya untuk murid..Terima Kasih

Masa aktiviti koku adalah seperti berikut:
- Minggu Unit Beruniform
     2.30 petang- 4.00 petang  - aktiviti Unit Beruniform
     4.00 petang - 4.15 petang - murid menukar pakaian sukan
     4.15 petang - 5.15 petang - aktiviti 1 Murid 1 Sukan

- Minggu Kelab & Persatuan Dalaman
     3.00 petang - 4.00 petang - aktiviti Kelab & Persatuan Dalaman
     4.00 petang - 5.00 petang - aktiviti 1 Murid 1 Sukan