01 April 2014

SUMBANGAN YURAN KEAHLIAN PENGAKAP 2014

Mohon kerjasama ibu bapa dan penjaga murid yang belum menyerahkan sumbangan yuran keahlian tahunan Pengakap bagi tahun 2014 selewat-lewatnya 3 April 2014 kerana urusan pendaftaran keahlian Pengakap ke Persekutuan Pengakap Malaysia.
Yuran keahlian adalah sebanyak RM5.00 seorang sebagaimana yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Agung PIBG ke-11 yang lepas dan perlu diserahkan kepada Pn Rahimah (Sesi pagi ) dan En Mohd Radzi (Sesi petang) bersama dengan borang maklumat diri Pengakap yang telah diedarkan pada awal bulan Mac Lepas.
Terima kasih kepada ibu bapa dan pejaga yang telah memberikan kerjasama menyerahkan bayaran dan borang maklumat ahli yang kini telah diproses oleh pemimpin pengakap sekolah.
Yuran tahunan perlu dijelaskan untuk mengesahkan keahlian ahli pada tahun tersebut dan kegagalan memperbaharui yuran tahunan boleh menyebabkan ahli disekat dari menjalankan dan menyertai aktiviti Pengakap sama ada peringkat dalaman atau luaran.
Kerjasama ibu bapa dan penjaga didahului dengan ucapan terima kasih.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwyxW-wSjVy2nsr4Eju7rxPzN058Qb4aPQ7o9NivZWJ6gg3qHCc9SJheAN_Ypqk96iA7Uq3bQluceElF74uyHaTPZGAQVUh2m8bvafFLJ03h69ZUwnt8kKofxK0Vtli1mmnPUep8VOK_i2/s400/pengakap_salute.jpg

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.