03 April 2013

MAKLUMAN TENTANG PENYELARASAN JADUAL WAKTU PERSEKOLAHAN BAGI SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR



Kepada
Semua Ibu Bapa dan Penjaga Murid
SK Saujana Impian  2

Tuan/Puan,

MAKLUMAN  TENTANG  PENYELARASAN  JADUAL  WAKTU  PERSEKOLAHAN  BAGI
SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.             Dimaklumkan bahawa semua sekolah di negeri Selangor dikehendaki mematuhi ketetapan waktu permulaan sesi  Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)  iaitu  jam 7.40 pagi.  Pelaksanaan arahan ini akan berkuatkuasa mulai 8 April 2013 (Isnin).

3.             Walau bagaimanapun, pihak tuan/puan digalakkan supaya menghantar anak tuan/puan lebih awal untuk memastikan persediaan awal proses PdP dapat  dilaksanakan  dengan  lebih  berkesan.

4.             Berikut adalah  jadual persekolahan yang baru untuk kemudahan tuan/puan bagi urusan menghantar dan menjemput anak tuan/puan.

TAHUN
HARI
WAKTU PERSEKOLAHAN

Tahun 1
Isnin, Selasa
dan  Rabu
7.40 pagi – 1.00  tengahari
hingga 3
Khamis
7.40 pagi – 12.30  tengahari

Jumaat
7.40 pagi – 12.00  tengahari

Tahun 4
Isnin, Selasa   dan Khamis
7.40 pagi – 1.30  tengahari
Hingga 6
Rabu
7.40 pagi – 1.00  tengahari

Jumaat
7.40 pagi – 12.00  tengahari

5.             Keperihatinan dan kerjasama pihak tuan/puan amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.


Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menurut perintah,


( HJH NORIDAH BINTI SURIF )
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
b/p Guru Besar
SK Saujana Impian 2
43000 Kajang, Selangor

01 April 2013

PROGRAM PERMATA INSAN

Kepada ibu bapa yang berminat, sila layari pautan yang tertera.Terima kasih.

16 March 2013

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TAHUN 1 2014/2015




PERMOHONAN KEMASUKAN KANAK-KANAK (WARGANEGARA)
KE TAHUN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2014 DAN 2015
SEKOLAH RENDAH NEGERI SELANGOR

TARIKH : 1 MAC – 30 APRIL 2013
MASA : ISNIN – KHAMIS (9.00 PAGI-3 PETANG)
TEMPAT : PEJABAT SEKOLAH

KELAHIRAN PADA : 02.01.2007-01.01.2008 (SESI PERSEKOLAHAN 2014)
                                          02.01.2008-01.01.2009 (SESI PERSEKOLAHAN 2015)

SILA BAWA BERSAMA:-

1. SIJIL LAHIR/SIJIL ANAK ANGKAT ASAL &  SALINAN
2. BIL UTILITI (BIL LETRIK/BIL AIR/BIL TELEFON)
3. SATU SALINAN KAD PENGENALAN IBU DAN BAPA/PENJAGA
4. SAMPUL SURAT PUTIH 4X9 (115CM X 245 CM)
5. SETEM RM 0.70


BORANG PERMOHONAN BOLEH DI ISI MELALUI APLIKASI DALAM TALIAN (ONLINE) DENGAN MELAYARI LAMAN SESAWANG (WEB)   JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR http://wwww.moe.gov.my/jpnselangor. IBU BAPA PERLU MEMBUAT PERAKUAN PERMOHONAN TERSEBUT DI SEKOLAH YANG DIPOHON DENGAN MEMBAWA  BERSAMA CETAKAN BORANG MAKLUMAT PERMOHONAN SERTA DOKUMEN-DOKUMEN ASAL SEPERTI DALAM SENARAI SEMAK YANG DISERTAKAN.

27 February 2013

AJK PIBG 2013

Pihak SKSI 2 ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan pihak yang terlibat menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SKSI 2 ke-10 pada 23 Februari 2013 lepas.
Tahniah kepada AJK yang telah dilantik.

Penasihat:                       Pn Shahar Fadzilah bt Mohamad Daud, AMP (Guru Besar SKSI 2)
Yang DiPertua PIBG:     Kapt.(B) Masuan bin Ali, PJK
Naib YDP PIBG:            En.Sharani bin Mohd.Said
Setiausaha Kehormat:     Pn.Norazma binti Ismail
Pen.Setiausaha:               Pn.Wan FAizah binti Wan Abdullah
Bendahari:                       Pn.Intan Herlina binti Kamaruddin
Pen.Bendahari:                Pn.Asiah binti Ab.Wahab
AJK Ibu bapa:                 Dr Bany Ariffin bin Amin Nordin
                                        En.Mohd.Shafik bin Mohd.Taha
                                        En.Mohd Nazim bin A.Samad
                                        Pn.Hazila binti Hassan
                                        Pn.Azlina binti Habibullah
                                        Pn.Hjh.Siti Norlizah binti Hj.Mohd.Said
AJK Guru:                      Pn.Gandhimathi A/P Sivalingam
                                        Pn.Latifah binti Abdullah
                                        Tn.Hj.Yazaeraman bin Yassin
Pemeriksa Kira-kira:       En.Nizam bin Ibrahim
                                        Pn.Zuraida binti Idris
Ex-Officio:                      Pn.Rohadah binti Yazid   (GPK 1)
                                        Pn.Hjh Noridah binti Surif  (GPK HEM)
                                        Pn.Normadiah binti Ishak (GPK Kokurikulum)


SELAMAT DATANG GURU BESAR BAHARU

Seluruh warga SKSI 2 ingin mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Pn Shahar Fadzilah bt Mohamad Daud, AMP ke SKSI 2 sebagai Guru Besar yang baru mulai Februari 2013..Semoga sama-sama kita menuju kegemilangan di bawah pengurusan beliau.

29 January 2013

AKTIVITI KOKURIKULUM 01/2013

Aktiviti Ko-kurikulum pertama bagi tahun ini akan dilaksanakan pada hari Rabu, 30.1.2013 bermula jam 2.30 petang hingga 5.00 petang.
Aktiviti minggu ini adalah aktiviti UNIT BERUNIFORM dan SUKAN.
Ibu bapa dan penjaga diharap dapat membuat persediaan sebaiknya untuk murid..Terima Kasih

Masa aktiviti koku adalah seperti berikut:
- Minggu Unit Beruniform
     2.30 petang- 4.00 petang  - aktiviti Unit Beruniform
     4.00 petang - 4.15 petang - murid menukar pakaian sukan
     4.15 petang - 5.15 petang - aktiviti 1 Murid 1 Sukan

- Minggu Kelab & Persatuan Dalaman
     3.00 petang - 4.00 petang - aktiviti Kelab & Persatuan Dalaman
     4.00 petang - 5.00 petang - aktiviti 1 Murid 1 Sukan

JASAMU DIKENANG

Jutaan terima kasih diucapkan kepada mantan guru besar SKSI 2- Tuan Hj Abdul Shukor bin Hj Ujang di atas khidmat baktinya kepada seluruh warga SKSI 2..Kini beliau telah bertugas di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 dan diharap akan meneruskan kecemerlangan beliau.