03 April 2013

SUMBANGAN 1 RIM KERTAS A4 70gsm



Kepada,
Semua Ibubapa/Penjaga
Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2

Melalui,
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2
Persiaran Impian Perdana, Saujana Impian
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan

Tuan / puan,

SUMBANGAN 1 RIM KERTAS A4 70gsm

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan pada Mesyuarat Agung PIBG bertarikh 23 Februari 2013 yang lalu telah bersetuju sebulat suara untuk satu keluarga menyumbang sebanyak 1 rim kertas A4 70gsm.

3.         Sehubungan dengan itu, sumbangan bolehlah dibuat kepada Setiausaha PIBG melalui Guru Kelas anak-anak tuan/puan bermula pada bulan April 2013.
           
Kerjasama dari pihak tuan/puan amatlah  dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,                                          



KAPT. (B) MASUAN BIN ALI.,PJK        
Yang DiPertua
Persatuan Ibubapa Guru
SK Saujana Impian 2

MAKLUMAN TENTANG PENYELARASAN JADUAL WAKTU PERSEKOLAHAN BAGI SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR



Kepada
Semua Ibu Bapa dan Penjaga Murid
SK Saujana Impian  2

Tuan/Puan,

MAKLUMAN  TENTANG  PENYELARASAN  JADUAL  WAKTU  PERSEKOLAHAN  BAGI
SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.             Dimaklumkan bahawa semua sekolah di negeri Selangor dikehendaki mematuhi ketetapan waktu permulaan sesi  Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)  iaitu  jam 7.40 pagi.  Pelaksanaan arahan ini akan berkuatkuasa mulai 8 April 2013 (Isnin).

3.             Walau bagaimanapun, pihak tuan/puan digalakkan supaya menghantar anak tuan/puan lebih awal untuk memastikan persediaan awal proses PdP dapat  dilaksanakan  dengan  lebih  berkesan.

4.             Berikut adalah  jadual persekolahan yang baru untuk kemudahan tuan/puan bagi urusan menghantar dan menjemput anak tuan/puan.

TAHUN
HARI
WAKTU PERSEKOLAHAN

Tahun 1
Isnin, Selasa
dan  Rabu
7.40 pagi – 1.00  tengahari
hingga 3
Khamis
7.40 pagi – 12.30  tengahari

Jumaat
7.40 pagi – 12.00  tengahari

Tahun 4
Isnin, Selasa   dan Khamis
7.40 pagi – 1.30  tengahari
Hingga 6
Rabu
7.40 pagi – 1.00  tengahari

Jumaat
7.40 pagi – 12.00  tengahari

5.             Keperihatinan dan kerjasama pihak tuan/puan amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.


Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menurut perintah,


( HJH NORIDAH BINTI SURIF )
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
b/p Guru Besar
SK Saujana Impian 2
43000 Kajang, Selangor

01 April 2013

PROGRAM PERMATA INSAN

Kepada ibu bapa yang berminat, sila layari pautan yang tertera.Terima kasih.

16 March 2013

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TAHUN 1 2014/2015




PERMOHONAN KEMASUKAN KANAK-KANAK (WARGANEGARA)
KE TAHUN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2014 DAN 2015
SEKOLAH RENDAH NEGERI SELANGOR

TARIKH : 1 MAC – 30 APRIL 2013
MASA : ISNIN – KHAMIS (9.00 PAGI-3 PETANG)
TEMPAT : PEJABAT SEKOLAH

KELAHIRAN PADA : 02.01.2007-01.01.2008 (SESI PERSEKOLAHAN 2014)
                                          02.01.2008-01.01.2009 (SESI PERSEKOLAHAN 2015)

SILA BAWA BERSAMA:-

1. SIJIL LAHIR/SIJIL ANAK ANGKAT ASAL &  SALINAN
2. BIL UTILITI (BIL LETRIK/BIL AIR/BIL TELEFON)
3. SATU SALINAN KAD PENGENALAN IBU DAN BAPA/PENJAGA
4. SAMPUL SURAT PUTIH 4X9 (115CM X 245 CM)
5. SETEM RM 0.70


BORANG PERMOHONAN BOLEH DI ISI MELALUI APLIKASI DALAM TALIAN (ONLINE) DENGAN MELAYARI LAMAN SESAWANG (WEB)   JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR http://wwww.moe.gov.my/jpnselangor. IBU BAPA PERLU MEMBUAT PERAKUAN PERMOHONAN TERSEBUT DI SEKOLAH YANG DIPOHON DENGAN MEMBAWA  BERSAMA CETAKAN BORANG MAKLUMAT PERMOHONAN SERTA DOKUMEN-DOKUMEN ASAL SEPERTI DALAM SENARAI SEMAK YANG DISERTAKAN.