13 March 2015

PENDAFTARAN TAHUN 1/2016




Sila Layari
apps.moe.gov.my/esppsel/MOHON1.cfm

Permohonan hendaklah di hantar ke Pejabat SKSI2 beserta Sijil Kelahiran Asal , Salinan Sijil kelahiran, Salinan kad pengenalan ibu / bapa, Salinan Sijil Nikah,  Salinan Bil Utiliti, Alamat rumah sekarang, Sampul Surat  4’ x 9’ beralamat sendiri dan setem      60 sen

KELAS SEGAR MINDA TAHUN 6




Kelas Segar Minda (murid tahun 6 sahaja) akan diadakan setiap minggu (Selasa – Jumaat) bermula
24 Februari 2015 jam 7.10 pagi hingga 7.40 pagi. Sila pastikan anak-anak tuan/puan bersarapan sebelum hadir ke sekolah.

BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN (BKAP) RM100




BKAP RM100 telah mula diedarkan pada 9 Januari 2015 (Jumaat). Kepada waris yang belum mengambil bantuan tersebut diminta menuntut di Pejabat Sekolah pada 13 Februari 2015 (Jumaat) Jam 10.30 pagi hingga 3.00 petang. Wang yang tidak dituntut akan dikembalikan ke Pejabat Akauntan Negara pada 15 Mac 2015.
*Sila bawa kad pengenalan dan surat beranak anak tuan/puan untuk pengesahan warganegara.

25 February 2015

AKTIVITI MERENTAS TAMAN SK SAUJANA IMPIAN 2 TAHUN 2015

Salam sejahtera.
Aktiviti merentas taman SK Saujana Impian 2 akan dijalankan pada ketetapan berikut:
Pengenalan trek - 26.2.2015 (Khamis) jam 8.00 pagi- 10.00 pagi
Acara sebenar - 27.2.2015 (Jumaat) jam 8.00 pagi - 10.00 pagi
Sasaran: Murid tahun 4, 5 dan 6
Pakaian sukan
Murid dikehendaki memmbawa bekalan minuman secukupnya.
Pembelajaran akan dijalankan seperti biasa selepas waktu rehat.
Sekian untuk makluman

11 January 2015

BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN (BKAP)

Bantuan Khas Awal Persekolahan telah diserahkan pada 9 Januari (Jumaat) 2015 yang lepas.
Kepada ibu bapa dan penjaga yang belum mengambilnya dipersilakan hadir ke sekolah mulai Isnin (12 Januari 2015) hingga Jumaat (16 Januari 2015) sepanjang waktu pejabat (8 pagi - 3 petang) di pejabat sekolah - Pn Jamilah bt Mohd Yusof, Penolong Kanan 2 (Hal Ehwal Murid).
Sila bawa mykid/sijil kelahiran murid dan pengenalan diri untuk membuat tuntutan BKAP ini.
Sebarang kemusykilan boleh diajukan kepada pihak SK Saujana Impian 2 di nombor pejabat yang tertera di atas.
Terima Kasih.

SUMBANGAN 1 MURID 1 RIM KERTAS A4


Pihak sekolah memohon kerjasama ibu bapa serta penjaga untuk menyumbang satu rim kertas A4 bagi satu anak jagaan yang bersekolah di SK Saujana Impian 2.
Tujuan sumbangan ini adalah untuk mengurangkan beban perbelanjaan membeli kertas pihak sekolah untuk kegunaan murid sepanjang sesi persekolahan tahun ini.
Dengan pengurangan belanja ini diharap peruntukan sedia ada dapat disalurkan ke perbelanjaan yang lebih penting untuk keselesaan murid.

Sumbangan kertas A4 ini boleh disalurkan terus kepada guru kelas mulai minggu ini.
Sekian terima kasih.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Pihak SK Saujana Impian 2 ingin mengalu-alukan kedatangan semua warga SKSI 2 ke sekolah untuk sesi persekolahan tahun 2015 ini.Diharap semua bersedia dengan semangat yang baru untuk menempuh cabaran tahun ini.