26 February 2012

Penggunaan Kad ID Bagi Urusan Pinjaman Buku Pusat Sumber

Pihak sekolah akan menggunakan sistem automasi bagi memudahkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah dalam urusan peminjaman dan pemulangan buku Pusat Sumber. Murid-murid sangat digalakkan untuk menggunakan kad ID ini. Harga sekeping kad adalah RM10.00 dan sekirnya Tuan Puan bersetuju anak jagaan tuan puan memiliki kad ini, boleh membuat pembayaran kepada penyelaras Pusat Sumber Sekolah - Pn. Rashidah pada atau sebelum 9 Mac 2012. Harap Maklum

Pembelian Makanan Di Luar Kawasan Sekolah

Pihak sekolah meminta kerjasama ibu bapa agar menasihati anak-anak agar tidak membeli makanan dari peniaga diluar pagar sekolah bagi mengelakkan berlakunya keracunan makanan dikhuatiri peniaga-peniaga ini tidak mematuhi spesifikasi penyediaan makanan seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Pihak sekolah telah memaklumkan kepada murid-murid disamping telah menghantar surat kepada MPKJ untuk diambil tindakan selanjutnya. Harap Maklum

29 July 2010

KATA-KATA HIKMAH -- buat renungan hati yang sentiasa alpa--



1) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang
mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita
ke jalan Allah.

2)   Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir     itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan     waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

3)   Jika  kejahatan di balas kejahatan, maka itu  adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu
adalah perkara  biasa. Jika kebaikan dibalas  kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika  kejahatan
dibalas kebaikan, itu adalah  mulia dan terpuji. 

4)  Sahabat yang baik adalah yang bercakap benar, bukannya yang hanya membenarkan kata-kata..

5)  Hadiah Terbaik
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai  budi  mereka  dan  kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta  dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan