16 November 2013

SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2013



SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN (PAT) 2013

Akan diedarkan kepada ibu bapa melalui anak minggu ini mulai 13 November 2013 (Rabu)
Ibu bapa murid Tahun 4-6 juga boleh menyemak keputusan melalui sistem online di laman web:
http://sapsnkra.moe.gov.my

MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2013



MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2013

Tarikh  :   5 November 2013 (Jumaat)
Tempat :  Dewan Gemilang, SK Saujana Impian 2
Masa     :  8.00 pagi
Sasaran :  Semua ibu bapa dan murid yang terlibat sahaja

*Murid Tahun 1 hingga 5 yang tidak terlibat direhatkan pada 15 November 2013 untuk membantu melancarkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2013

Terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah hadir serta pihak yang telah menjayakan majlis ini.

06 November 2013

SAMBUTAN MAAL HIJRAH DAN HARI KANAK-KANAK 2013

Dimaklumkan kepada semua warga SKSI 2 bahawa akiviti di atas akan diadakan pada ketetapan berikut.

Sabutan Maal Hijrah peringkat sekolah  - 7 November 2013 (Khamis)
     Pakaian rasmi sekolah

Sambutan Hari Kanak-kanak SKSI 2 2013 - 8 November 2013 (Jumaat)
     Pakaian sukan & Koku (Pink)
Kepada guru kelas yang telah memaklumkan untu membawa makanan sebagai jamuan kelas pada hari kanak-kanak, ibu bapa harap ambil perhatian supaya dapat menyediakan juadah yang berpatutan pada hari yang telah ditetapkan- Jumaat.
Harap maklum.

10 October 2013

CUTI HARI RAYA AIDILADHA

Dimaklumkan kepada semua warga SKSI 2 bahawa sekolah akan bercuti Hari Raya Aidiladha pada ketetapan berikut:
Tarikh:     14 dan 15 Oktober 2013
Hari:         Isnin dan Selasa

Diharap ibu bapa serta penjaga murid dapat mengawasi keselamatan anak jagaan masing-masing sempena cuti tersebut dan semoga daat menyambut Aidiladha dengan penuh keberkatan..

Selamat bercuti dan menyambut Aidiladha dari seluruh warga SKSI 2..

02 October 2013

MAJLIS GRADUASI TAHUN 6 2013

Dimaklumkan Majlis Graduasi Tahun 6 2013 akan diadakan pada ketetapan berikut;
     Tarikh:     3 Oktober 2013  (Khamis)
     Tempat:    Dewan Serbaguna PGA Semenyih (berhampiran Tesco Semenyih)
     Masa:       2.30 petang
     Pakaian:   Formal

Semua Guru dan Ibu Bapa murid tahun 6 dijemput hadir..

06 September 2013

MURID DIREHATKAN SEMPENA PEPERIKSAAN UPSR 2013

Peperiksaan UPSR 2013 akan diadakan pada 10 hingga 12 September 2013 akan datang dan murid yang tidak mengambil peperiksaan tersebut akan direhatkan bagi melancarkan perjalanan peperiksaan tersebut.
Berikut adalah jadual murid-murid yang akan direhatkan sempena peperiksaan tersebut:

Murid Tahun 1, 2 dan 3  - 6 September 2013 (Jumaat)
                                   - 9 hingga 12 September 2013 (Isnin - Khamis)

Murid Tahun 4 & %        - 9 hingga 12 September 2013 (Isnin - Khamis)

Pakej kerja rumah murid telah dibekalkan bersama surat makluman bertarikh 4 September 2013 (rujukan SKSI2.100-2/5/1(45)

Semoga semua ibu bapa serta penjaga dapat menguruskan anak jagaan masing-masing sepanjang peperiksaan UPSR tersebut dan doakanlah agar semua yang terlibat dengan peperiksaan tersebut agar beroleh kejayaan yang cemerlang kelak.

26 August 2013

LATIHAN RUMAH SUKAN

Latihan rumah sukan Tahun 4 & 5

Latihan rumah HIJAU pada hari esok (27.8.2013) dibatalkan dan dibawa ke hari RABU (28.8.2013).

Jadual latihan rumah sukan hari RABU (28.8.2013) adalah untuk latihan rimah HIJAU dan KUNING.

Masa:    3.00 ptg - 4.45 ptg
Tempat: Padang SKSI 2

Mohon kerjasama ibu bapa dan penjaga untuk menguruskan pengangkutan murid serta memaklumkan kepada rakan ibu bapa serta penjaga lain mengenai perubahan jadual latihan ini.

Jadual latihan rumah sukan bagi murid tahun 1 - 3 (Tahap 1) tidak berubah buat masa ini.

Harp maklum dan terima kasih.