07 May 2014

KEM MOTIVASI TAHUN 6



KEM MOTIVASI  TAHUN 6

Tarikh     : 10 – 11 Mei  2014 (Sabtu - Ahad)
Tempat :  Universiti Putra Malaysia, Serdang

* Semua murid tahun 6 wajib hadir diri tanpa  gagal.
*Pakaian – Baju Pendidikan Jasmani ,seluar ‘trak bottom’
                    gelap dan berkasut

TAKWIM BULAN MEI DAN JUN 2014


TAKWIM BULAN
MEI DAN JUN 2014
BIL
TARIKH
PERKARA
CATATAN
1.
1 Mei 2014
(Khamis)

Cuti Hari Pekerja

Cuti Umum
2.
2 Mei 2014
(Jumaat)
Bulan Panitia Sains Bermula
 Bulan Aktif Panitia  Sains
3.
5-8 Mei 2014
(Isnin – Khamis)

Peperiksaan Pertengahan Tahun (Thn 5-6)
Penilaian Sumatif Pertengahan Tahun (Tahun 1-4)

Diharapkan murid-murid dapat mengulangkaji pelajaran dan bersedia menghadapi ujian tersebut.
4.
9 Mei 2014
(Jumaat)
Kem PAFA Tahun 6
* Hanya murid Tahun 6
5.
10 Mei 2014
(Sabtu)
Sekolah Ganti Hari Raya Aidilfitri
( 31 Julai 2014)
Jadual Hari Khamis
6.
10 – 11 Mei 2014
(Sabtu & Ahad)
Motivasi Tahun 6 di UPM, Serdang
Semua Murid Tahun 6
7.
16 Mei 2014
(Jumaat)

Sambutan Hari Guru

Sekolah Satu Sesi (pagi sahaja)
Pagi & Petang digabungkan.
8.
24 Mei 2014
(Sabtu)
Hari Temubual Akademik
Kelas anak masing-masing
9.
27 - 28 Mei 2014
(Selasa & Rabu)
Perkhemahan Perdana Unit Beruniform
Murid Yang Terlibat Sahaja
10.
29-31 Mei
(Khamis - Jumaat)
Kelas Tambahan Tahun 6
Semua Murid Tahun 6
11.
28 Mei – 15 Jun 2014
(Rabu - Ahad)
Cuti Pertengahan Tahun
12.
21 Jun 2014
(Sabtu)
Kejohanan Sukan Tahunan 2014
Semua Warga Sekolah
13.
29 Jun 2014
(Ahad)
1 Ramadhan 1435H
Selamat Berpuasa
14.
30 Jun 2014
(Isnin)
Pelancaran Bulan Panitia
Pendidikan Islam/Moral
Program Ihya‘ Ramadhan 1435H
Panitia Pendidikan Islam/ Moral

11 April 2014

SUMBANGAN PIBG SESI 2014

Adalah dimaklumkan pada Mesyuarat Agung PIBG bertarikh 15 Mac 2014 yang lalu, semua ahli telah bersetuju untuk memberi sumbangan sebanyak RM50.00 (Lima Puluh sahaja) untuk satu keluarga kepada dana PIBG SKSI 2.
Sehubungan dengan itu, sumbangan boleh diserahkan kepada Bendahari PIBG melalui guru kelas anak/jagaan mulai 17 Mac 2014 sehingga 30 April 2014.
Tuan / puan hendaklah membayar mengikut anak yang berada di tahun terendah.
Sumbangan boleh dibuat secara tunai ataupun cek di atas nama PIBG SK SAUJANA IMPIAN 2.
Diharap tuan/puan dapat menjelaskan sumbangan ini dengan kadar segera bagi melancarkan program sekolah yang telah dirancang bagi tahun 2014 ini.
Kerjasama tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

01 April 2014

SUMBANGAN YURAN KEAHLIAN PENGAKAP 2014

Mohon kerjasama ibu bapa dan penjaga murid yang belum menyerahkan sumbangan yuran keahlian tahunan Pengakap bagi tahun 2014 selewat-lewatnya 3 April 2014 kerana urusan pendaftaran keahlian Pengakap ke Persekutuan Pengakap Malaysia.
Yuran keahlian adalah sebanyak RM5.00 seorang sebagaimana yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Agung PIBG ke-11 yang lepas dan perlu diserahkan kepada Pn Rahimah (Sesi pagi ) dan En Mohd Radzi (Sesi petang) bersama dengan borang maklumat diri Pengakap yang telah diedarkan pada awal bulan Mac Lepas.
Terima kasih kepada ibu bapa dan pejaga yang telah memberikan kerjasama menyerahkan bayaran dan borang maklumat ahli yang kini telah diproses oleh pemimpin pengakap sekolah.
Yuran tahunan perlu dijelaskan untuk mengesahkan keahlian ahli pada tahun tersebut dan kegagalan memperbaharui yuran tahunan boleh menyebabkan ahli disekat dari menjalankan dan menyertai aktiviti Pengakap sama ada peringkat dalaman atau luaran.
Kerjasama ibu bapa dan penjaga didahului dengan ucapan terima kasih.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwyxW-wSjVy2nsr4Eju7rxPzN058Qb4aPQ7o9NivZWJ6gg3qHCc9SJheAN_Ypqk96iA7Uq3bQluceElF74uyHaTPZGAQVUh2m8bvafFLJ03h69ZUwnt8kKofxK0Vtli1mmnPUep8VOK_i2/s400/pengakap_salute.jpg

11 March 2014

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) MAC 2014

PBS bulan Mac akan diadakan mulai 18- 21 Mac 2014. Mohon kerjasama semua ibu bapa dan penjaga untuk memastikan anak jagaan bersedia menghadapinya nanti.Terima kasih.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-11 TAHUN 2014

Dengan segala hormatnya dipersilakan semua ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Saujana Impian 2 hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Saujana Impian 2 yang akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh:     15 Mac 2014
Masa:       8.00 pagi - 12.30 tengah hari
Hari:         Sabtu
Tempat:    Dewan Gemilang SK Saujana Impian 2
Perasmi:   YB DATUK YAP KAIN CHING @ MARY YAP KEN JIN
                 Timbalan Menteri Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
http://www.kabinet.gov.my/cms/images/production/timbalanmenteri/20.jpg


04 December 2013

SIJIL UPSR MURID 2013

Makluman kepada ibu bapa dan penjaga murid tahun 6;
Sijil UPSR 2013 boleh mula diambil di pejabat sekolah mulai 4 Disember 2013 pada waktu pejabat.
Harap maklum dan terima kasih.