29 July 2010

KATA-KATA HIKMAH -- buat renungan hati yang sentiasa alpa--



1) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang
mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita
ke jalan Allah.

2)   Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir     itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan     waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

3)   Jika  kejahatan di balas kejahatan, maka itu  adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu
adalah perkara  biasa. Jika kebaikan dibalas  kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika  kejahatan
dibalas kebaikan, itu adalah  mulia dan terpuji. 

4)  Sahabat yang baik adalah yang bercakap benar, bukannya yang hanya membenarkan kata-kata..

5)  Hadiah Terbaik
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai  budi  mereka  dan  kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta  dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan