11 March 2016

PAKEJ KERJA RUMAH SEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN PENGGAL PERTAMA(12-20 MAC 2016)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Adalah dimaklumkan bahawa murid akan bercuti sempena cuti persekolahan penggal pertama mulai 12 Mac hingga 20 Mac 2016. Sekolah akan dibuka semula pada 21 Mac 2016(Isnin). Bersama-sama ini disertakan jadual pakej kerja rumah murid sebagai ulangkaji sepanjang tempoh cuti tersebut. Keprihatinan tuan/puan untuk memantau dan memastikan anak tuan/puan membuat kerja rumah amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.







10 March 2016

KELAS GEMPUR 100 SOALAN

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk makluman, Kelas tambahan tahun 6 akan diadakan pada 14 dan 15 Mac 2016 (Isnin dan Selasa). Kelas akan bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 12.20 tengah hari bertempat di kelas masing-masing. Murid-murid dikehendaki memakai pakaian sekolah.

Sekian, Terima Kasih.





07 March 2016

PENANGGUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM 9 MAC 2016 (RABU)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Makluman kepada warga SKSI2 dan Ibu Bapa. Perjumpaan kokurikulum ditangguhkan/tiada untuk minggu ini/minggu exam sk dan sra. ✨Harap maklum. ✨. Terima kasih.

JADUAL UJIAN SIMULASI 1 (8-11 MAC 2016)


Ujian Simulasi 1(Mac) akan bermula pada 8 mac 2016(selasa) hingga 11 mac 2016(jumaat). Diharapkan agar murid-murid dapat membuat ulangkaji yang secukupnya.Semoga berjaya!!