MENGENAI SKSI2


Sesi persekolahan SK Saujana Impian 2 bermula pada 1 Januari 2003. Pada awalnya SKSI2 telah menumpang di Sekolah Menengah Kebagsaan Saujana Impian hingga Akhir tahun 2003.

Bangunan sekolah pada asalnya telah lama siap tetapi warga SKSI2 tidak dapat berpindah kerana kawasan sekolah mengalami beberapa masalah teknikal . Jumlah murid pada permulaan pembukaan sekolah ialah seramai 302 orang dimana ia terdiri dari 160 orang murid lelaki dan 142 orang murid perempuan.

Di awal penubuhannya, sekolah ini tidak mempunyai guru besar selama 4 bulan. Sekolah ini telah diterajui oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum selaku pemangku jawatan guru besar pada masa itu, Pn Halijah bt Baharom, dan dibantu oleh Guru Penolong Kanan  Hal Ehwal Murid (HEM), Pn Hjh Sabarinah bt Ahmad Sabri. Perintis SKSI2 juga terdiri daripada 15 orang guru dan seorang kerani.


Puan Azimah bt Ibrahim memulakan tugasnya sebagai guru besar SKSI2 pada tanggal 1 April 2003. Sebelum beliau mula menerajui kecemerlangan SKSI2, beliau telah berhidmat di SK Jalan Semenyih (1), Kajang.

 Setelah pihak sekolah dan pihak ibu bapa  murid sekolah ini mengambil tindakan susulan, akhirnya pada tahun 2004, sekolah ini mula beroperasi di tapak sendiri dengan  keluasan  4 ekar . Sebanyak 13 buah bilik darjah digunakan dan seramai 406 murid menuntut di sekolah ini. Bilangan guru juga telah bertambah kepada 26 orang.

Sekolah ini merupakan sekolah model baru dimana ianya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden termasuk bilik persalinan murid.  Selain itu sekolah ini dilengkapi juga dengan pelbagai peralatan baru.


Sekolah ini menerima murid di sekitar Saujana Impian, Taman Delima, Taman Mesra, Kg Sg Balak dan lain-lain kawsan dengan pelbagai  latar belakang, dan juga pelbagai golongan masyarakat.

Motto SK Saujana Impian 2
SKSI 2 GEMILANG




VISI 


Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang







MISI


Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti









      PERATURAN SEKOLAH

      • Sampai ke sekolah sebelum atau pada pukul 7.30 pagi. Loceng akan dibunyikan pada pukul 7.30 pagi. Murid-murid akan berkumpul di Dataran Impian.
      • Murid-murid yang lewat akan didenda.
      •  Hari Isnin adalah hari perhimpunan rasmi.
      •  Waktu rehat bagi murid-murid tahun 1 dan tahun 4 selama 20 minit bermula pukul 10.10 pagi hingga 10.30 pagi. Manakala bagi murid-murid tahun 4 dan tahun 5 waktu rehat bermula pukul 10.40 hingga 11.00 pagi.
      •  Murid-murid tidak dibenarkan membawa wang saku lebih daripada RM5 kecuali untuk pembayaran tertentu.
      •  Kenderaan ibubapa/awam dilarang memasuki kawasan sekolah pada bila-bila masa kecuali waktu hujan lebat, dibenarkan menghantar anak ke kantin sekolah.
      •  Ibu bapa/penjaga yang hendak berjumpa dan membawa anak balik hendaklah mengisi borang di pejabat.
      •  Murid yang tidak hadir mesti mengemukakan surat akuan doktor atau keterangan daripada ibubapa/penjaga. Tanpa maklumat tersebut, murid dianggap ponteng.
      •  Setiap aduan yang dibuat hendaklah dengan mengisi borang khas yang boleh didapati di pejabat sekolah. Aduan melalui telefon tidak akan dilayan.
      •  Ibubapa/penjaga tidak dibenarkan berjumpa dengan murid- murid yang terlibat dengan masalah disiplin tanpa kebenaran Guru Besar
      •  Tidak dibenarkan menunggu anak di kaki lima kelas.
      •  Semua bantuan KPM hendaklah melalui e-kasih. Ibubapa yang berkelayakan boleh melayari laman web berikut:  http:// www.ekasih.gov.my
                                   Kelayakan: Luar Bandar – RM1000 
                                   Bandar – RM1500
      • Makluman sekolah melalui Nada Saujana akan diedarkan kepada ibubapa/penjaga minima sekali setiap bulan.