GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
Assalamualaikum dan salam
sejahtera kepada semua warga pendidik sekolah ini.
Bersyukur ke
hadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapat kita meneruskan sesi persekolahan 2013. Doa dan harapan saya agar semua warga sekolah ini sentiasa bersedia dan berani
menghadapi cabaran pendidikan yang semakin bersifat global.
Visi unit
kurikulum ialah Menjana Transformasi Pendidikan Berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Bagi merealisasikan visi
ini, sekolah komited dengan misi ‘Memantapkan Pengajaran dan Pembelajaran
Berkualiti, Mengoptimumkan Sumber Manusia dan Kepakarannya Untuk Melahirkan
Insan yang Cemerlang, Inovatif, Berakhlak Mulia dan Berdaya Saing’.Melalui visi
dan misi ini, Unit Kurikulum juga meyasarkan untuk mengurangkan kadar murid
yang tidak menguasai 3M. Sasaran ini
sudah tentu memerlukan kerjasama semua guru sekolah ini agar sentiasa berusaha
ke arah kecemerlangan sekolah.
Pada tahun ini,
semua murid Tahun 1 hingga 3 akan mengikuti kurikulum baru iaitu Kurikulum
Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) sebagaimana yang telah dinyatakan dalam
Transformasi Pendidikan Negara. KSSR
adalah kurikulum kebangsaan yang holistik dan sentiasa relevan bagi melahirkan
modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan. Penilaian murid yang berasaskan “ exam oriented “ akan diubah kepada
penilaian yang menyeluruh iaitu ‘School
Based Assesment’ atau Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS ).
Oleh itu,
marilah kita sama-sama meneruskan perjuangan
dalam mendidik anak bangsa kita, sama-sama menetapkan azam baru untuk
memajukan anak bangsa kita dan sama-sama berdoa agar generasi ini lebih
cemerlang dan terbilang pada masa akan datang.
Pewaris generasi akan datang ini
mampu menyahut cabaran dan memastikan kesejahteraan negara berkekalan
dan lebih tinggi dari sebelumnya. Mereka
adalah penentu kegemilangan negara kelak.
Oleh itu, saya yakin buku ini dapat memberi panduan kepada guru untuk memimpin serta
mengurus pelajar dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang
dan berkesan.
Saya yakin
dengan sokongan padu dari semua guru akan dapat merealisasikan matlamat dan
hasrat sekolah untuk menjadi sekolah yang cemerlang antara yang terbilang.
Sekian, terima kasih.
“Pendidikan Berkualiti Generasi Terbilang”
UNIT KURIKULUM
MOTO
“Pendidikan Berkualiti Generasi Terbilang”
VISI
“ Menjana transformasi dalam pendidikan
berdasarkan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan “
MISI
“ Memantapkan pengajaran pembelajaran
berkualiti, mengoptimumkan sumber manusia dan kepakarannya untuk melahirkan
insan yang cemerlang, inovatif,
berakhlak mulia dan berdaya saing“
UNIT KURIKULUM
SK SAUJANA IMPIAN 2 / 2013
KPI 1
Melepasi kualiti dan kuantiti pencapaian UPSR bagi Gred Purata Negeri (GPN) 2.20 dengan melepasi sasaran pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) 1.60.
KPI 2
Meningkatkan peratus murid Tahap Satu menguasai kemahiran Literasi dan Numerasi dan mencapai sasaran.
Sasaran Tahun 1 / 2013 : Literasi 90% dan Numerasi 95%
Tahun 2 / 2013 : Literasi 95% dan Numerasi 95%
Tahun 3 / 2013 : Literasi 100% dan Numerasi 100%
KPI 3
Meningkatan peratus pencapaian murid dalam Penilaian Berasaskan Sekolah kepada Band 5 dan mengurangkan peratus pencapaian murid yang memperolehi Band 1 dan Band 2.
KPI 4
Menjadikan program NILAM lebih berkesan dengan pertambahan murid yang mencapai tahap NILAM JAUHARI kepada 50% daripada keseluruhan murid dan memastikan Tokoh NILAM Sekolah dapat mewakili ke peringkat daerah /negeri/ kebangsaan. Memastikan tahap pencapaian NILAM RAKAN PEMBACA bertambah kepada 20% daripada keseluruhan jumlah murid.
KPI 5
Memastikan Pusat Sumber SK Saujana Impian 2 menerima pengiktirafan melalui penganugerahan Pusat Sumber di peringkat daerah /negeri/ kebangsaan.
KPI 6
Memastikan semua guru mencapai tahap gemilang dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
KPI 7
Meningkatkan peratus penglibatan guru dalam kursus (LADAP) bagi meningkatkan profesionalisme keguruan dan etika kerja.
KPI 8
Meningkatkan bilangan murid SK Saujana Impian 2 yang beragama Islam Celik Jawi dan Quran melalui Program j-QAF yang terancang.
KPI 9
Meningkatkan kemahiran penggunaan ICT di kalangan murid-murid melalui peningkatan penggunaan Komputer dalam P&P.