PROGRAM CERIATHON (PIBG SK SAUJANA IMPIAN 2)
P PENDAHULUAN
Sekolah
Kebangsaan Saujana Impian 2 telah beroperasi sejak tahun 2003. Setiap tahun,
pihak sekolah telah berjaya menunjukkan peningkatan prestasi yang
memberangsangkan dalam aspek kurikulum, kokurikulum dan sukan. Bagi memastikan
visi dan misi sekolah tercapai dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
kondusif dan menarik , adalah menjadi hasrat warga SK Saujana Impian 2 untuk
membangunkan sekolah ini dari segi kemudahan fizikal serta keceriaan pusat
sumber, bilik-bilik khas, kawasan kantin, tapak perhimpunan dan taman-taman.
Sehubungan itu, PIBG SK
Saujana Impian 2 bercadang untuk menganjurkan Projek Ceriaton 2012 untuk
mendapatkan sumber kewangan bagi membiayai projek-projek yang dirancang. Hasil
kutipan daripada projek ini diharapkan akan dapat menaik taraf pelbagai
prasarana bagi kemudahan dan keselesaan semua murid dan sekaligus dapat
melahirkan murid yang cintakan ilmu dan mewujudkan suasana yang menyeronokkan
ketika berada di sekolah.
2.0
MATLAMAT
Matlamat Projek
Ceriaton PIBG SK Saujana Impian 2 adalah untuk mengumpulkan dana bagi mewujudkan situasi kondusif, bersih, ceria dan
selamat untuk menarik minat murid ke sekolah dan memupuk rasa seronok dalam diri murid ketika berada di
sekolah.
3.0
OBJEKTIF
Projek
Ceriaton ini dilaksanakan bagi mencapai objektif-objektif berikut :
3.1
Menjana tabung PIBG.
3.2
Menaik taraf kemudahan dan kelengkapan
pusat sumber sekolah.
3.3
Menceriakan surau, bilik-bilik darjah, bilik-bilik
khas dan papan-papan kenyataan.
3.4
Menaik taraf dan menceriakan tandas
murid.
3.5
Menaik taraf laluan murid ke kantin sekolah.
3.6 Menaik taraf keceriaan taman-taman yang
sedia ada dan membina taman-taman baru di kawasan sekolah.
3.7
Membina pavilion dan menaik taraf
kawasan tapak perhimpunan.
3.8
Menaik taraf kawasan padang sekolah.
3.9
Meningkatkan kecemerlangan
program-program kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid.
3.10 Mewujudkan kerjasama antara warga SK
Saujana Impian 2, PIBG dan masyarakat setempat.
AHLI JAWATANKUASA
PERSATUAN IBU BAPA-GURU
SK SAUJANA IMPIAN 2
2012
Yang Dipertua PIBG EN. MOHAMAD NOR BIN OTHMAN
Penasihat TN HJ ABD SHUKOR BIN HJ UJANG
Guru Besar SK Saujana Impian 2
Naib YDP PIBG KAPT (B) MASUAN BIN ALI (PJK)
Setiausaha Kehormat PN. NORAZMA BINTI ISMAIL
Bendahari PN. INTAN HERLINA BINTI KAMARUDDIN
AJK Ibu Bapa EN. BANY ARIFFIN BIN AMIN NORDIN
EN. SHARANI BIN MOHD SAID
PN. ROSHARIMI BINTI ABD.RAHIM
PN. WAN ZARINAH BINTI WAN SULAIMAN
EN. MOHD. SHAFIQ BIN TAHA
PN. HAZILA BINTI HASSAN
AJK Guru PN. ASIAH BINTI AB. WAHAB
PN. GHANDIMATHI A/P SIVALINGAM
PN. WAN FAIZAH BINTI WAN ABDULLAH
PN. LATIFAH BINTI ABDULLAH
EN. ISMAIL BIN MAT HASSAN
EN. YAZAERAMAN BIN YASSIN
Pemeriksa kira-kira EN. MOHD. NAZIM BIN A.SAMAD
PN. NORIDAWATI BINTI MOHD.NOR