UNIT HAL EHWAL MURID


KATA-KATA ALUAN

GURU PENOLONG KANAN HEM





EN. RUZAIMIE BIN RAZAK






Assalamualaikum wrkth., salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Telapak tangan ditadah ke hadrat Ilahi kerana kita dapat bersama-sama melaksanakan tanggungjawab dalam tahun 2015.Saya ingin mendahului kerja buat kita pada 2015 dengan ucapan terima kasih dan syabas kepada semua warga SKSI 2 yang bakal bersama-sama bekerja keras untuk menjayakan program khususnya dalam bidang Hal Ehwal Murid dengan ikhlas. Kesetiaan semua guru amat dihargai dalam usaha untuk merealisasikan kemenjadian murid SKSI 2.

Bagi sesi 2015, Unit Hal Ehwal Murid merancang beberapa kolaborasi bersama-sama agensi luar dalam usaha pemantapan sahsiah murid. Antara progamnya ialah, kerjasama dengan Kementerian Kesihatan iaitu dalam ‘Program Awal Remaja’, bersama Jabatan Penjara Kajang dan Polis dari IPD Kajang iaitu ‘Program Benci/Pencegahan Jenayah’.

            Bagi melancarkan pengurusan pentadbiran sekolah pada tahun 2015, khususnya dalam bidang Hal Ehwal Murid, satu jawatankuasa penggubal takwim dan perancangan tadbir urus sekolah sesi  2015 telah dibentuk untuk merangka dan menetapkan tugasan semua guru. Secara amnya, terdapat beberapa transformasi dibuat dalam usaha menggerakkan aktiviti Unit Hal Ehwal Murid selaras dengan misi dan visi Unit HEM, sekolah, PPD, JPS dan KPM. Diharap transformasi ini akan membuahkan lonjakan prestasi yang membanggakan hasil daripada kerjasama dan sokongan semua guru SKSI 2, 2015.

Guru-guru, rakan seperjuangan sekalian,

            Pada tahun 2015, Unit Hal Ehwal Murid  telah menetapkan beberapa perancangan yang strategik dalam usaha untuk memantapkan pengurusan bagi melahir dan menjana murid sekolah ini menjadi insan yang berkualiti selaras dengan Gelombang 1 dalam PPPM. Diharapkan juga modal insan yang akan dilahirkan mempunyai sahsiah yang terpuji, berketerampilan dan mampu menyumbang untuk kemajuan sekolah. Oleh itu, budaya kecemerlangan dalam minda, jiwa suci dan sanubari terpuji setiap warga SKSI 2 mahu diterapkan dan diterjemahkan dalam setiap tindakan yang diambil, supaya bila ‘berkembangnya bunga, sentiasa akan menjadi’. InsyaAllah, sekiranya kita sentiasa istiqomah dalam membudayakan kecemerlangan ini dan mengutamakan murid dalam setiap tugasan yang kita lakukan, kita akan berjaya melonjakkan kecemerlangan sekolah sekaligus meningkatkan tahap keyakinan dan kepuasan hati pelanggan (murid dan ibu bapa).

            Sesungguhnya, untuk mencapai visi dan misi yang diharapkan, sekolah memerlukan satu pasukan yang mantap, mempunyai kemahiran, kemampuan dan kesungguhan yang tinggi setiap warganya. Sehubungan itu, Jawatankuasa Kerja Hal Ehwal Murid 2015 yang diangkat,  mampu menjayakan setiap tangungjawab yang diberi kepercayaan untuk digalasi.

……walau tubuh hancur dan luluh, biar jasa terang bagai disuluh…….

Sekian, salam cakna.

“PENGURUSAN EFISIEN PELAJAR BERDISIPLIN”






MISI
Memantapkan Pengurusan dan Perancangan HEM 
Bagi Membentuk Budaya Sekolah Yang Terpuji.


VISI
Warga Sekolah Cemerlang, Sekolah Terbilang.



MOTTO
Pengurusan Efisien, Pelajar Berdisiplin.





MATLAMAT PROGRAM UNIT HAL EHWAL MURID

Menggunakan kekuatan sumber manusia secara menyeluruh melalui budaya kerja profesional seiring dengan penghayatan budaya ilmu, permuafakatan dengan komuniti dan agensi luar ke arah melahirkan warga sekolah yang cemerlang dan berketrampilan.

Memantapkan Pengurusan dan Perancangan HEM 
Bagi Membentuk Budaya Sekolah Yang Terpuji

melalui:
  Peningkatan tahap akademik, sahsiah dan disiplin murid.
  Kemampuan menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, disiplin kendiri, berbudaya positif dan berketrampilan.
  Persekitaran yang sentiasa dalam keadaan selamat, ceria, sihat, berkualiti dan membanggakan.
  Program Hal Ehwal Murid yang dapat membantu kecemerlangan modal insan di peringkat sekolah.
  Sumbangan kebajikan demi kesejahteraan murid.
  Program perpaduan dalam usaha mewujudkan persefahaman dan perasaan saling hormat-menghormati di kalangan murid.



MATLAMAT PROGRAM UNIT HAL EHWAL MURID

Menggunakan kekuatan sumber manusia secara menyeluruh melalui budaya kerja profesional seiring dengan penghayatan budaya ilmu, permuafakatan dengan komuniti dan agensi luar ke arah melahirkan warga sekolah yang cemerlang dan berketrampilan.

Memantapkan Pengurusan dan Perancangan HEM
Bagi Membentuk Budaya Sekolah Yang Terpuji

melalui:
*      Peningkatan tahap akademik, sahsiah dan disiplin murid.
*      Kemampuan menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, disiplin kendiri, berbudaya positif dan berketrampilan.
*      Persekitaran yang sentiasa dalam keadaan selamat, ceria, sihat, berkualiti dan membanggakan.
*      Program Hal Ehwal Murid yang dapat membantu kecemerlangan modal insan di peringkat sekolah.
*      Sumbangan kebajikan demi kesejahteraan murid.
*      Program perpaduan dalam usaha mewujudkan persefahaman dan perasaan saling hormat-menghormati di kalangan murid.


KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI)

UNIT HAL EHWAL MURID
SK SAUJANA IMPIAN 2, 2015



KPI 1
Penurunan kes ponteng sekolah dari 0.03% ke 0.02% yang merangkumi dua aspek iaitu ponteng sekolah dan ponteng kelas pembelajaran.

KPI2
Penurunan peratus murid lewat hadir ke sekolah sebanyak 40% daripada 30 orang kepada 10 orang.

KPI3

Memastikan kes murid melakukan kesalahan disiplin kepada sifar.

KPI4
Menurunkan peratus murid yang mengalami obesiti dari 50% kepada 30% melalui program pemakanan sihat.

KPI5
Meningkatkan peratus penghayatan murid dalam mengamalkan nilai-nilai murni.

KPI6
Memastikan kebersihan Tandas Guru dan Murid SK Saujana Impian 2 berada di dalam tahap kebersihan optimum.

KPI7
Memastikan murid berada di dalam zon selamat sepanjang masa ketika berada di dalam sekolah.

KPI8
Melaksanakan keceriaan persekitaran sekolah dan kelas agar murid berada dalam suasana yang kondusif.

KPI9
Memastikan keperluan 1 murid 1 kerusi, 1 meja dan 1 set buku teks mencukupi.