GURU PENOLONG KANAN PETANG
PUAN HAJAH NAZILAH BT ABD RAHMAN
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh,Salam Sejahtera
dan Salam Satu Malaysia.
Alhamdulillah
bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah, rahmat dan izinNya
maka dapatlah kita bersama-sama mengatur strategi dalam melaksanakan amanah, tugas
dan tanggungjawab tahun 2015 dengan ikhlas dan iltizam demi memartabatkan
kecemerlangan Agama, Bangsa dan Negara.
Untuk
muncul sebagai sebuah sekolah terbilang, seluruh warga SKSI2 mesti bekerja kuat
secara luar biasa dengan mengamalkan ciri dan kualiti “Budaya Kerja Kelas
Pertama”. Mutu kerja yang dihasilkan hendaklah sentiasa berada di tahap
cemerlang dan terbaik selaras dengan langkah kerajaan dalam memperkenalkan
transfomasi pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013 hingga 2025.
Oleh
itu, para guru perlulah memastikan setiap murid menguasai kemahiran Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris dan digalakkan
mempelajari bahasa tambahan, itu adalah salah satu dari sebelas anjakan
yang terdapat di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Marilah bersama
berganding bahu meneruskan perjuangan memartabatkan Sistem Pendidikan Negara
supaya setanding di peringkat dunia. Saya amat berharap semua KPI Kurikulum
dapat dicapai dengan bekerjasama dari kalangan semua guru dan warga
sekolah,begitu juga sekaligus ia akan dapat membantu keberhasilan KPI Sekolah.
Saya sangat yakin bahawa dengan
dedikasi, usaha yang bersungguh-sungguh, semangat kerja berpasukan serta
komitmen yang tinggi di kalangan semua guru serta warga sekolah, kita mampu
mengharungi persaingan yang mencabar kini dan dalam masa yang sama dapat
"Melestarikan Pendidikan Terbilang".
Sekian, terima kasih.
“KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL,TETAPI IANYA DATANG
DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH.”
VISI
Pendidikan
Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan
Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi
Memenuhi Aspirasi Negara
MOTTO
DINAMIK YAKIN INOVASI
KEY PERFORMANCE
INDICATOR (KPI)
SESI PETANG
SK SAUJANA IMPIAN 2
UNIT KURIKULUM
KPI 1
Mengecilkan GPS
untuk murid tahun 2 dan 3 pada tahun 2015.
Tahun 2 : 1.68
kepada 1.64
Tahun 3 : 1.92 kepada 1.88
KPI 2
Meningkatkan
peratus murid Tahun 2 dan 3 menguasai kemahiran Literasi, Numerasi dan Bahasa Inggeris mencapai sasaran.
Sasaran
Tahun 2 / 2015 : Literasi 90% , Numerasi 87% dan B.Inggeris
90%
Tahun 3 / 2015 : Literasi 100% , Numerasi 100%dan B.Inggeris 100%
KPI 3
Meningkatkan
peratus pencapaian murid dalam Penilaian Berasaskan Sekolah kepada Band 5 dan mengurangkan
peratus pencapaian murid yang memperoleh Band 1 dan Band 2.
KPI 4
Meningkatkan
bilangan murid SK Saujana Impian 2 yang beragama Islam Celik Jawi dan Quran
melalui Program j-QAF yang terancang.
KPI 5
Meluaskan akses
pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian menerusi program VLE FROG. Sekurang kurangnya 30% penggunaan dikalangan murid dan
100% dikalangan guru.
UNIT HAL EHWAL MURID
KPI 1
Penurunan kes ponteng sekolah dari 0.03 kepada 0.02%
yang merangkumi dua aspek iaitu ponteng sekolah dan ponteng kelas pembelajaran.
KPI 2
Memastikan kes salah laku disiplin kepada sifar.
KPI 3
Memastikan murid berada di dalam zon selamat sepanjang
masa ketika berada di dalam sekolah.
KPI 4
Memastikan kebersihan Tandas Guru dan Murid SK Saujana
Impian 2 berada di dalam tahap kebersihan optimum.
KPI 5
Melaksanakan keceriaan persekitaran sekolah dan kelas
agar murid berada dalam suasana yang kondusif.
KPI 6
Memastikan keperluan murid seperti kerusi, meja dan
buku teks mencukupi.
UNIT KOKURIKULUM
KPI 1
Meningkatkan 94% kepada 95% kehadiran murid dalam
perjumpaan Kokurikulum Sekolah.
KPI 2
Meningkatkan 90% kepada 93% dalam pemakaian uniform
bagi Badan beruniform masing-masing pada hari Rabu.
KPI 3
Melaksanakan semua Dasar dan Program Kementerian
Pendidikan Malaysia di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia selaras
dengan hasrat membina insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek,rohani, emosi dan jasmani seperti yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.