12 July 2012

Kem Kepimpinan Pengawas

Kem Kepimpinan Pengawas telah berlangsung pada 31 Mac 2012, di Hulu Langat. Kem ini telah dikendalikan oleh Puan Asiah. Perserta perserta yang hadir terdiri daripada Pengawas sekolah, Pengawas Surau, Pengawas Pusat Sumber serta ahli Pembimbing Rakan Sebaya.




























                                                        -------------------------------------
“True leaders always practice the three R’s: Respect for self, Respect for others, Responsibility for all their actions.” — Anonymous

Lawatan Pusat Sumber Sekolah (PSS) ke Melaka

Pada 21 Mac 2012 yang lalu, Pusat Sumber Sekolah (PSS) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Lawatan disertai oleh para Pengawas Pusat Sumber Sekolah berserta beberapa orang guru pengiring.


Tahukah anda bahawa suatu masa dahulu, pelabuhan di Melaka ini merupakan pelabuhan perdagangan yang amat terkemuka di sebelah timur sehingga digelar 'Venice of the East'? Lawatan ini diharap dapat memberikan input sejarah secara tidak langsung mengenai sejarah kegemilangan Kerajaan Melaka suatu ketika dulu kepada para pelajar yang menyertainya.
 
Lawatan dimulakan dengan River Cruise menikmati keindahan sepanjang persisiran Sungai Melaka. Di antara tarikan di sepanjang sungai yang dapat dilihat ialah senibina jambatan, rumah tradisional orang Melaka, mural yang menceritakan sejarah Negeri Melaka, kincir air serta kubu dan meriam.
 

Mereka tersenyum riang ketika River Cruise. 'Belayar' sambil belajar sejarah ya dik!
 Aksi-aksi perserta rombongan ketika River Cruise.

 Apa agaknya yang dibincangkan itu?
 Tentu ada sesuatu yang menarik perhatian para pendidik anak bangsa ini.

 Sebahagian mural yang dapat dilihat sepanjang River Cruise. Khabarnya mural adalah hasil kerja pelajar-pelajar UITM.


Wah! Kubu dan meriam..
Kincir air yang besar!
 Kemudian rombongan berkesempatan menaiki Menara Taming Sari yang berketinggian 110m dan berpeluang meninjau keseluruhan Bandaraya Melaka secara 'aerial view'. Yang menariknya ialah bentuk menara ini dibuat menyerupai bentuk keris Taming Sari. Antara pemandangan menarik yang dapat dilihat dari atas menara ialah model kapal Portugis yang 'terdampar' di tengah -tengah bandaraya ini.


 Beratur sebelum menaiki menara.
 Teruja nampaknya perserta rombongan nak menuju ke puncak menara.
 Apa agaknya yang dapat dilihat dari atas nanti, ya?


 Pemandangan Bandaraya Melaka dari Menara Taming Sari.
 Wah! Ada pula kapal perang Portugis yang terdampar di tengah bandaraya ini!
 Tak gerun ke melihat ke bawah tu?

 Seterusnya, rombongan meneruskan lawatan ke Taman Rama-Rama. Di sini, mereka berpeluang melihat pelbagai spesies rama-rama serta haiwan reptilia seperti ular sawa, ular sawa albino dan kura-kura.



Apa yang tersorok itu agaknya?

 Aksi-aksi di Taman Rama-Rama dan Reptilia.
 Para guru pengiring yang turt serta hari itu.
 Lagi gambar guru pengiring.

 Kura-kura yang terdapat di taman ini. Berapa agaknya usia mereka ya?
 Ular sawa albino
------------------------------------


"Whatever the cost of our libraries, the price is cheap compared to that of an ignorant nation" - Walter Cronkite