Pihak sekolah telah mengedarkan Surat makluman waktu persekolahan sempena bulan ramadhan. Ibu
bapa boleh merujuk kepada jadual yang diedarkan melalui anak masing-masing. Bersama-sama ini juga
dilampirkan waktu persekolahan sempena bulan Ramadhan. Waktu persekolahan ini
akan mula berkuatkuasa pada 18 Jun 2015 sehingga 16 Julai 2015.
Oleh
yang demikian, diharapkan ibu bapa/penjaga dan seluruh warga sekolah dapat
menyesuaikan diri dengan perubahan ini. Ibu bapa perlu menguruskan pengangkutan
anak masing-masing untuk memastikan sesi persekolahan berjalan lancar.
Kerjasama tuan/puan amat dihargai. Terima Kasih...