03 January 2016

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...
 "Selamat Kembali Ke Sekolah. Semoga tahun ini lebih banyak kejayaan dan pencapaian yang akan dicapai. Amin..."


MAKLUMAN SESI PERSEKOLAHAN 2016

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..


Pihak sekolah ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan/puan kerana menempatkan anak-anak tuan/puan belajar di Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2. Sekolah akan dibuka semula pada 4 Januari 2016 (Isnin). Berikut dinyatakan perkara berkaitan sesi persekolahan tahun 2016.

Sesi Pagi (Tahun 1)

Hari/Masa       :           Isnin hingga Khamis    (7.40 pagi – 1.00 petang)
  Jumaat                          (7.40 pagi – 12.00 tgh)

Sesi Pagi (Tahun 4, 5 dan 6)

Hari/Masa       :           Isnin hingga Khamis    (7.40 pagi – 1.30 petang)
  Jumaat                          (7.40 pagi – 12.00 tgh)

*Murid Moral pulang lebih awal kerana waktu tasmik (di bawah program J-QAF). Program ini dilaksanakan selama 2 waktu (secara berasingan).

* Perhimpunan Pagi (7.30 -7.40) setiap hari.

Sesi Petang (Tahun 2 dan 3)

Hari/Masa       :           Isnin – Khamis            (1.10 petang – 6.30 petang)
  Jumaat                         (2.10 petang – 6.30 petang)

*Murid Moral pulang lebih awal kerana waktu tasmik (di bawah program J-QAF). Program ini dilaksanakan selama 2 waktu (1 jam).

Tahun 2           :           Rabu                             (1.10 petang – 5.30 petang)
Tahun 3           :           Khamis                          (1.10 petang – 5.30 petang)

* Perhimpunan Petang (1.00 ptg - 1.10 ptg) setiap hari.
  



Aktiviti Ko-kurikulum;

            Tahun 3           :           Rabu (minggu 1&4)                (10.50 pagi – 12.00 tgh)
                                                Perjumpaan Unit Uniform

     Rabu (minggu 2)                     (10.50 pagi – 12.00 tgh)
                                                Perjumpaan Persatuan

     Rabu (minggu 3)                     (10.50 pagi – 12.00 tgh)
                                                Perjumpaan Permainan

            Tahun 4,5 & 6 :           Rabu (minggu 1&3)                (2.50 - 5.00 petang)
                                                Perjumpaan Unit Beruniform & Permainan
                                               
     Rabu (minggu 2&4)                (2.50 – 5.00 petang)
                                                Perjumpaan Persatuan & Permainan

# Pada hari Isnin semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah lengkap bertali leher sempena Perhimpunan Rasmi Sekolah. Setiap hari Rabu murid Tahun 3,4,5 dan 6 dikehendaki memakai pakaian Unit Beruniform mengikut unit masing-masing.
  
Segala kerjasama dan tindakan susulan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.