19 November 2012

KEPUTUSAN UPSR 2012
SK SAUJANA IMPIAN 2, KAJANG

Tarikh 19hb. November 2012 mungkin satu tarikh yang tidak akan dilupakan oleh warga SKSI 2, khususnya pihak pentadbir, guru dan murid tahun 6 kerana telah berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2012. Seramai 50 orang calon telah berjaya mendapat 5A dan 35 lagi mendapat 4A sekaligus mengatasi pencapaian UPSR 2011 di mana hanya 36 calon sahaja mendapat 5A. Ini adalah pencapaian terbanyak SKSI 2 dalam UPSR sejak lapan generasi yang lalu. 



Keputusan telah diumumkan oleh Tuan Hj. Abd. Shukor pada jam 11.30 yang telah mengubat resah ibubapa dan murid yang telah menunggu sejak pagi lagi. Slip kemudiannya disampaikan sendiri oleh guru-guru kelas tahun 6, Keputusan ini juga meletakkan SKSI 2 ditangga ketujuh dikalangan sekolah-sekolah daerah Hulu Langat.






Sekalung tahniah dari pihak sekolah kepada mereka yang telah berjaya, dan kepada yang kurang berjaya, cuba lagi pada masa akan datang. UPSR hanyalah langkah pertama yang perlu dihadapi kerana cabaran sebenarnya baru bermula..........

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.