19 November 2012

KEPUTUSAN UPSR 2012
SK SAUJANA IMPIAN 2, KAJANG

Tarikh 19hb. November 2012 mungkin satu tarikh yang tidak akan dilupakan oleh warga SKSI 2, khususnya pihak pentadbir, guru dan murid tahun 6 kerana telah berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2012. Seramai 50 orang calon telah berjaya mendapat 5A dan 35 lagi mendapat 4A sekaligus mengatasi pencapaian UPSR 2011 di mana hanya 36 calon sahaja mendapat 5A. Ini adalah pencapaian terbanyak SKSI 2 dalam UPSR sejak lapan generasi yang lalu. 



Keputusan telah diumumkan oleh Tuan Hj. Abd. Shukor pada jam 11.30 yang telah mengubat resah ibubapa dan murid yang telah menunggu sejak pagi lagi. Slip kemudiannya disampaikan sendiri oleh guru-guru kelas tahun 6, Keputusan ini juga meletakkan SKSI 2 ditangga ketujuh dikalangan sekolah-sekolah daerah Hulu Langat.






Sekalung tahniah dari pihak sekolah kepada mereka yang telah berjaya, dan kepada yang kurang berjaya, cuba lagi pada masa akan datang. UPSR hanyalah langkah pertama yang perlu dihadapi kerana cabaran sebenarnya baru bermula..........

01 November 2012

LAWATAN TAHUN 6

Sebagai memenuhi aktiviti Pasca UPSR 2012, Unit Peningkatan Akademik SKSI 2 telah mengatur satu lawatan sambil belajar ke Melaka dan Johor. Lawatan ini telah disertai oleh seramai 80 orang murid dan 11 orang guru. Antara tempat-tempat menarik yang dilawati ialah   River Cruise Melaka, Menara Taming Sari, Tempat-tempat bersejarah di Banda Hilir, Melaka serta Masjid Selat Melaka.
Tempat yang menjadi tarikan utama bagi lawatan kali ini ialah LEGOLAND di Nusajaya, Johor yang baru dirasmi pembukaannya pada 15 September yang lalu.







Semoga lawatan ini dapat memberi pendedahan yang bermanafaat kepada peserta lawatan.

HARI GRADUASI SKSI 2

Detik 1hb. November 2012 merupakan tarikh yang tidak akan dilupakan buat warga SKSI 2 khususnya murid tahun 6, kerana telah diraikan sempena Majlis Graduasi 2012. Majlis ini bukan sahaja sebagai tanda meraikan murid tahun 6 yang bakal menamatkan sesi persekolahan di sekolah rendah, ia juga menggambarkan keperihatinan pihak sekolah dalam memastikan murid-muridnya mendapat sesuatu yang terbaik untuk dijadikan kenangan terindah sepanjang berada di SKSI 2.

Majlis ini melibatkan seramai 180 orang murid, serta kerjasama yang jitu dari guru-guru Tahun 6 serta ibubapa yang begitu komited dengan kecemerlangan anak-anak mereka. Majlis penyerahan sijil telah disempurnakan oleh guru besar Tn. Hj. Abd. Shukor dan Naib Yang Di Pertua PIBG, Kapt (B) Mesuan.







Semoga majlis ini akan dapat menyemarakkan semangat murid-murid Tahun 6 untuk terus mengejar kejayaan pada masa hadapan.