11 April 2014

SUMBANGAN PIBG SESI 2014

Adalah dimaklumkan pada Mesyuarat Agung PIBG bertarikh 15 Mac 2014 yang lalu, semua ahli telah bersetuju untuk memberi sumbangan sebanyak RM50.00 (Lima Puluh sahaja) untuk satu keluarga kepada dana PIBG SKSI 2.
Sehubungan dengan itu, sumbangan boleh diserahkan kepada Bendahari PIBG melalui guru kelas anak/jagaan mulai 17 Mac 2014 sehingga 30 April 2014.
Tuan / puan hendaklah membayar mengikut anak yang berada di tahun terendah.
Sumbangan boleh dibuat secara tunai ataupun cek di atas nama PIBG SK SAUJANA IMPIAN 2.
Diharap tuan/puan dapat menjelaskan sumbangan ini dengan kadar segera bagi melancarkan program sekolah yang telah dirancang bagi tahun 2014 ini.
Kerjasama tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.