07 June 2015

PERINGATAN BAYARAN SUMBANGAN PIBG SK SAUJANA IMPIAN 2 SESI 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat Agung PIBG bertarikh 7 Mac 2015 yang lalu, semua ahli telah bersetuju sebulat suara untuk memberi sumbangan sebanyak RM70.00 (satu keluarga) kepada PIBG Sk Saujana Impian 2.
Sehubungan itu, pihak PIBG Sk Saujana Impian 2 telah menjalankan kutipan sepanjang bulan April dan Mei yang lalu. Namun demikian, masih terdapat beberapa keluarga yang masih belum menjelaskan bayaran sumbangan tersebut. 
Dengan ini, pihak sekolah dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa sumbangan boleh dibuat pada Hari Temubual Akademik yang akan diadakan pada 20 Jun 2015( Sabtu). Kerjasama dari pihak tuan/puan amatlah dihargai. Terima Kasih...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.