27 June 2012

Mesyuarat Pengurusan Guru Besar Hulu Langat

Pada hari Rabu 20 Jun 2012, SKSI2 telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Pengurusan Guru Besar Daerah Hulu Langat. Mesyuarat telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Sumber Sekolah.  


Beberapa hari sebelum itu, beberapa persiapan telah diatur, yang menyaksikan kerjasama murid-murid, guru-guru dan AJK Pusat Sumber Sekolah yang terdiri dari kalangan ibubapa sendiri. .Hasilnya, idea kreatif yang dilontar telah memberikan sudut-sudut menarik di dalam Pusat Sumber kita seperti Pameran Matawang Antarabangsa dan pameran barangan cenderamata dari pelbagai negara. Diharap pengetahuan ini sedikit-sebanyak dapat dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar.

                                 Para Guru Besar bergambar beramai-ramai

                                 Sebahagian dari Guru Besar Daerah Hulu Langat yang hadir

                                  Para hadirin kusyuk mendengar penerangan yang diberikan.



Pertandingan Catur MSSDHL 2012



Pertandingan catur MSSDHL telah berlangsug pada 3 April 2012 yang lalu. Pertandingan itu telah menyaksikan pelajar-pelajar kita membolot kemenangan sebagai Johan dan Naib Johan di dalam kategori perempuan dan lelaki bawah 12 tahun.


Berikut adalah nama –nama pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah tersebut:


1.Johan Kategori Perempuan Bawah 12 Tahun


a) Shameena bt Anwar


b) Nur Arisyah bt Azizin


c) Adilah Raihanah bt Jaafar


d) Alya Hannah bt Abd Rahman


2. Naib Johan Kategori Lelaki Bawah 12 Tahun


a) Muzareeq Farhad b Abdul Rashdee


b) Muhd Najmi b Moh Radzi


c) Luqman Hakim


d) Shafiq b. Yusni




Pada 13, 14 dan 15 April, berlangsung pula Latihan Pusat di mana pelajar sekolah kita, iaitu Shameena bt Anwar telah mewakili Daerah Kajang ke peringkat Negeri Selangor.

Pencapaian ini tentunya menjadi pemangkin kepada para peserta untuk meningkatkan prestasi permainan mereka di masa hadapan.












25 June 2012

Menjelang Temasya Sukan- Sukantara dan latihan sukan

Menjelang Temasya Sukan yang bakal berlangsung 29 Jun 2012 ( Jumaat) ini, pelajar-pelajar dan guru-guru SKSI2 sibuk dengan persiapan dan latihan untuk memastikan kelancaran temasya tersebut. Sejak seminggu lalu, pelbagai program latihan dan acara sukaneka dan Sukantara telah diatur sebagai pelengkap kepada temasya tersebut. Antara persiapan yang dapat dilihat ialah latihan perbarisan oleh rumah sukan, unit beruniform serta latihan olahraga. Para pelajar berlatih di bawah pengawasan guru-guru yang telah ditugaskan. Teruskan membaca untuk meninjau suasana latihan dan aksi-aksi menarik yang sempat dirakamkan sepanjang acara minggu lalu.







21 June 2012

Makluman Acara Sukan, Raptai Penuh Sukan dan Temasya Sukan sekolah

Makluman Acara-acara Sukaneka, Sukantara dan Acara sebelum Sukan.


Jadual latihan sukan, untuk makluman murid-murid dan ibubapa terutamanya:

SUKANTARA

Tarikh :21 & 22 Jun 2012

Hari : Khamis & Jumaat

Masa : 8 pagi

Tempat :Padang SK Saujana Impian 2

Sasaran :Semua murid Tahun 1, 2,3, 4,5 dan 6

Acara

Tahun 1, 2 dan 3 (L/P): 1) 80 meter

2) Lompat jauh (Tahun 3 sahaja)

3) Lontar peluru (Tahun 3 sahaja)

Tahun 4,5 dan 6 (L/P): 1) 100 meter

2) Lompat jauh

3)Lontar peluru

ACARA SEBELUM SUKAN


Tarikh : 25 Jun 2012
Hari : Isnin
Masa : 8 pagi
Tempat : Padang SK Saujana Impian 2
Acara: 1) Lontar Peluru (L/P)
2) Lompat Jauh (L/P)
3)Lompat Tinggi (L/P)- Tahap 2
 Hanya Tahun 3,4, 5 dan 6 sahaja yang terlibat
 Pertandingan mengikut rumah dan tahun.


SUKANEKA

Tarikh :26 Jun 2012 (Selasa)

Masa :8 pagi

Tempa :SK Saujana Impian 2

Acara Sukaneka

Tahun 1- Tarik tali

Tahun 2- Tarik Tali

Tahun 3- Tarik Tali

Tahun 4,5,6 – Tarik Tali

**Acara dan tarikh sukaneka boleh berubah mengikut kesesuaian

 Semua murid Tahun 1 & 2 terlibat dalam acara sukaneka




RAPTAI PENUH SUKAN SEKOLAH

Tarikh : 27 Jun 2012 (Rabu)

Masa :8 pagi

Tempat : Padang SK Saujana Impian 2

Sasaran : semua murid

Acara : 1) Perbarisan Rumah Sukan

:2) Perbarisan Unit Beruniform

*Semua murid terlibat dalam perbarisan tersebut mengikut rumah



SUKAN SEKOLAH

Tarikh : 29 Jun 2012 (Jumaat)

Masa : 8 pagi

Tempat : Padang SK Saujana Impian 2

Sasaran : Semua murid Tahun 1,2,3,4,5 dan 6

Acara : 1) 80m (L/P)

2) 100m (L/P)

3) Sukaneka akhir

Acara pegawai

Sasaran : AJK Sukan Sekolah

Acara pegawai
Acara Ibubapa

TEMASYA SUKAN TAHUNAN SKSI2 KALI KE 9





Sekitar Majlis Temu Bual dan Hari Usahawan Muda


Pada hari Sabtu, 16 Jun 2012 yang lepas, telah berlangsung Majlis Temu Bual dan Hari Usahawan Muda bertempat di bangunan sekolah dari 8.30 pagi hingga 1.30 petang.

Di antara objektif program hari tersebut ialah mengadakan Taklimat Penataran PBS, Majlis Temu Bual , aktiviti keusahawanan yang untuk menjana dana bagi pihak Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh guru dan AJK PSS, serta mencungkil bakat-bakat keusahawanan di kalangan murid-murid sekolah sama ada mereka mewakili Unit Kurikulum, Unit HEM, Unit Kokurikulum atau secara individu. Terdapat juga gerai-gerai jualan buku oleh syarikat buku yang mengambil bahagian. Program hari itu turut memberi peluang murid-murid membuka akaun simpanan di Bank Rakyat.

Program telah dimulai dengan Taklimat Penataran PBS oleh Guru Besar sekolah iaitu Tuan Haji Abd Shukor bin Ujang di dewan sekolah. Ramai ibubapa yang hadir khususnya mereka yang mempunyai anak-anak yang belajar di Tahun 1 dan Tahun 2. Diharapkan para ibubapa mempunyai pemahaman yang lebih jelas terutamanya berkenaan KSSR yang telah memasuki tahun kedua perlaksanaannya.


Sesi Temu Bual telah memberi ruang kepada para ibubapa untuk mendapat maklum balas perihal perkembangan dan pencapaian akademik anak-anak di sekolah terutamanya selepas anak-anak ini menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun awal Mei 2012. Perjumpaan para ibubapa dengan guru-guru kelas anak-anak berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik. Nampaknya banyak maklumat yang dikongsi oleh kedua-dua belah pihak dan diharapkan ini akan menyuburkan kerjasama erat dalam memastikan anak-anak didik sekolah ini mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di masa hadapan.


Sepanjang setengah hari program berlangsung, semua aktiviti yang telah dirancang dapat dijalankan dengan baik sekali. Sesungguhnya ini adalah hasil sokongan padu dan kerja keras para guru sendiri, kakitangan sokongan, murid-murid dan tentunya ibubapa yang sangat-sangat dibanggakan. Tahniah kepada semua yang terlibat!


Kita harap banyak lagi program-program sekolah yang akan dilaksanakan dan mendapat sambutan dari kalangan warga SKSI2.


Sekian.

                          
                            Hari Temu Bual memberi peluang para ibubapa dan guru-guru bertemu dan
                               bertukar-tukar info untuk kebaikan bersama.


Wajah-wajah ceria dan bersemangat warga SKSI2 di hari tersebut.

 Moga-moga ada diantara anak-anak ini yang akan menjadi usahawan terbilang di masa hadapan!