21 June 2012

Sekitar Majlis Temu Bual dan Hari Usahawan Muda


Pada hari Sabtu, 16 Jun 2012 yang lepas, telah berlangsung Majlis Temu Bual dan Hari Usahawan Muda bertempat di bangunan sekolah dari 8.30 pagi hingga 1.30 petang.

Di antara objektif program hari tersebut ialah mengadakan Taklimat Penataran PBS, Majlis Temu Bual , aktiviti keusahawanan yang untuk menjana dana bagi pihak Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh guru dan AJK PSS, serta mencungkil bakat-bakat keusahawanan di kalangan murid-murid sekolah sama ada mereka mewakili Unit Kurikulum, Unit HEM, Unit Kokurikulum atau secara individu. Terdapat juga gerai-gerai jualan buku oleh syarikat buku yang mengambil bahagian. Program hari itu turut memberi peluang murid-murid membuka akaun simpanan di Bank Rakyat.

Program telah dimulai dengan Taklimat Penataran PBS oleh Guru Besar sekolah iaitu Tuan Haji Abd Shukor bin Ujang di dewan sekolah. Ramai ibubapa yang hadir khususnya mereka yang mempunyai anak-anak yang belajar di Tahun 1 dan Tahun 2. Diharapkan para ibubapa mempunyai pemahaman yang lebih jelas terutamanya berkenaan KSSR yang telah memasuki tahun kedua perlaksanaannya.


Sesi Temu Bual telah memberi ruang kepada para ibubapa untuk mendapat maklum balas perihal perkembangan dan pencapaian akademik anak-anak di sekolah terutamanya selepas anak-anak ini menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun awal Mei 2012. Perjumpaan para ibubapa dengan guru-guru kelas anak-anak berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik. Nampaknya banyak maklumat yang dikongsi oleh kedua-dua belah pihak dan diharapkan ini akan menyuburkan kerjasama erat dalam memastikan anak-anak didik sekolah ini mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di masa hadapan.


Sepanjang setengah hari program berlangsung, semua aktiviti yang telah dirancang dapat dijalankan dengan baik sekali. Sesungguhnya ini adalah hasil sokongan padu dan kerja keras para guru sendiri, kakitangan sokongan, murid-murid dan tentunya ibubapa yang sangat-sangat dibanggakan. Tahniah kepada semua yang terlibat!


Kita harap banyak lagi program-program sekolah yang akan dilaksanakan dan mendapat sambutan dari kalangan warga SKSI2.


Sekian.

                          
                            Hari Temu Bual memberi peluang para ibubapa dan guru-guru bertemu dan
                               bertukar-tukar info untuk kebaikan bersama.


Wajah-wajah ceria dan bersemangat warga SKSI2 di hari tersebut.

 Moga-moga ada diantara anak-anak ini yang akan menjadi usahawan terbilang di masa hadapan!



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.