Menjelang Temasya Sukan yang bakal berlangsung 29 Jun 2012 ( Jumaat) ini, pelajar-pelajar dan guru-guru SKSI2 sibuk dengan persiapan dan latihan untuk memastikan kelancaran temasya tersebut. Sejak seminggu lalu, pelbagai program latihan dan acara sukaneka dan Sukantara telah diatur sebagai pelengkap kepada temasya tersebut. Antara persiapan yang dapat dilihat ialah latihan perbarisan oleh rumah sukan, unit beruniform serta latihan olahraga. Para pelajar berlatih di bawah pengawasan guru-guru yang telah ditugaskan. Teruskan membaca untuk meninjau suasana latihan dan aksi-aksi menarik yang sempat dirakamkan sepanjang acara minggu lalu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.